Promosi Sukan Baru

Selasa, Jun 12, 2012

PEMAIN SUKAN POLO BASIKAL SEKOLAH BERAKSI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR










Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara buat julung-julung kalinya akan mengadakan pameran dan demonstrasi permainan sukan polo basikal di padang kawad Universiti Teknologi Malaysia pada 24 Jun 2012 (Ahad). Penghormatan yang diberikan oleh pihak penganjur ini menunjukkan bahawa sukan berasaskan basikal mendapat perhatian daripada peminat-peminat sukan rekreasi di negeri Johor lebih-lebih lagi ianya dianjurkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Antara matlamat utama pameran dan demonstrasi sukan polo basikal ini ialah untuk memberikan pendedahan  secara terus kepada pengunjung-pengunjung dan peminat sukan berbasikal. Walau pun pada asasnya sukan polo basikal ini dipertandingkan di padang berumput dengan ukuran seperti padang bola sepak, namun atas dasar pembelajaran ianya boleh juga diadakan di kawasan lapang sebesar ukuran padang futsal.

Kami menaruh harapan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi universiti pertama yang menganjurkan pertandingan polo basikal antara pusat-pusat pengajian tinggi, suatu masa nanti.

Perkembangan terbaru, sukan berbasikal ini terbahagi kepada dua iaitu Polo Basikal Gelanggang dan Polo Basikal Padang.

Polo Basikal Padang











Polo Basikal Gelanggang

Basikal mtb yang digunakan dalam
sukan  polo basikal gelanggang

Rabu, Mei 30, 2012

KAYUHAN 1MALAYSIA DAN MOTORCROSS

27 Mei 2012: Pertandingan Motor Cross agenda utma takwim KEJORA setiap tahun.

Program Kali Pertama Anjuran KEJORA


Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa (tengah), Penolong
Pengurus Fakharur Razzy Hazeran (kiri) dan Ustaz Rosman (s/u JKKMBT)

Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa dalam ucapannya, penduduk di Bandar Tenggara yang mempunyai jumlah penduduk hampir 17,000 orang perlu mengambil peluang terhadap apa jua program yang dianjurkan oleh pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Kerajaan tempatan telah menyalurkan banyak peruntukan setiap tahun melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) untuk diagihkan kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai program kemasyarakatan.

Katanya lagi, Kayuhan 1Malaysia umpamanya merupakan satu program riadah yang baik. Mendidik anak-anak supaya terlibat dalam aktiviti sihat. Merekalah akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. "Badan sihat minda cergas," tambahnya. Gejala sosial akan berkurangan jika sukan ini dapat diatur dengan baik dan terancang. Sukan berbasikal sudah menjadi agenda utama negara, terkenal di peringkat global dan boleh menjadi kerjaya pada masa depan mereka. Saranan beliau, agar pihak masyarakat di sini agar dapat menubuhkan Kelab Berbasikal Bandar Tenggara untuk menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Setiausaha JKKMBT, Rosman Idris dalam ucapannya, Kayuhan 1Malaysia ini berjaya menarik seramai 120 orang peserta. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KEJORA, Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) Cawangan Bandar Tenggara , dan lebih khusus kepada penyelaras Kayuhan 1Malaysia; Sulaiman Mohd Rawi, jawatankuasa Kayuhan 1Malaysia, Balai Polis Bandar Tenggara, pasukan RELA, Klinik Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara, SMK Sri Pinang, SMK Bandar Tenggara 2, SK Bandar Tenggara 1 dan 2, Sekolah Agama dan penduduk di Bandar Tenggara kerana sama-sama menjayakan program ini.
Taklimat laluan kayuhan

Turut hadir dalam menjayakan Kayuhan 1Malaysia ialah Penolong Pengurus LBJT Penawar; Fakharur Razzy Hazeran; penasihat JKKMBT dan pegawai-pegawai LBJT Bandar Tenggara. Pengacara majlis, Zolkeplee Jemadar mengendalikan cabutan bertuah, 15 hamper telah disampaikan oleh Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA, Hamzah  Hj Isa sebelum majlis ditamatkan.
Peserta kayuhan

gaya peserta
Zolkeplee Jemadar dan kelab fixie
Taklimat keselamatan oleh
Sarjan Amran
Kawalan marshall
Di persimpangan jalan

Menuggu cabutan bertuah
Foto terbaik oleh
Taufieq Alauddin

Saifullah Abd wahab, guru SMKBT
berjaya dalam cabutan bertuah

Rabu, Mei 09, 2012

KAYUHAN 1MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN MOTORCROSS ANTARABANGSA.

ANJURAN BAHAGIAN PELANCUNGAN KEJORA DENGAN KERJASAMA JKKM BANDAR TENGGARA.

BORANG KAYUHAN 1MALAYSIA
(SERAH SEMASA PENDAFTARAN)


    Terbuka kepada lelaki dan perempuan, warganegara Malaysia. Sebarang jenis basikal boleh digunakan, sama ada mountainbike, fixie, chopper, roadbike, basikal jaguar dan lain-lain. 

Pendaftaran : 7.30 pagi
(hadapan Pejabat KEJORA)
Mula kayuhan: 8.30 pagi
Berakhir : Stadium Tenggara

"JOM KAYUH,
BADAN SIHAT , MINDA CERGAS,
NEGARA MAJU"

Isnin, Mei 07, 2012

KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL 2012

Anjuran : Kulaijaya Bicycle Club (KBC)

Kepada peminat-peminat berbasikal. Inilah masanya untuk anda bersama rakan-rakan dari merata tempat.
Tahniah kepada pihak penganjur.

Sila klik di bawah untuk mendaftar:

Selasa, Mac 27, 2012

RTM ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR KE STADIUM TENGGARA UNTUK RANCANGAN 321 MULA TAHUN (MUSIM BAHARU) 2012

11 Mac 2012: Stadium Tenggara, Bandar Tenggara


Pengambaran klinik sukan polo basikal di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Kulaijaya tempoh hari merupakan satu pengiktirafan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri, Kuala Lumpur kepada sukan ini di peringkat sekolah. Ini merupakan titik permulaan dalam penyebaran sukan polo basikal secara meluas di seluruh Malaysia.

Slot-slot penggambaran terbahagi kepada empat bahagian.  Pertama, alatan yang digunakan, kedua, asas permainan polo basikal, ketiga, personaliti pilihan dan yang akhir ialah temuramah guru sekolah dan temuramah presiden Persatuan polo Basikal Johor (PPBJ).

Isnin, Mac 12, 2012

PIALA PUSINGAN KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA MILIK SMKBT

Stadium Tenggara : 11 Mac 2012  (Ahad)

Dari kiri : Abdull Talib Daud, penyelia sukan,
 Penolong Pengarah Sukan JPNJ, Ja'afar Bohari, 
Pemain-pemain, Hakim, Anirul Hadi, Mohd Arif dan Nadzmi.

Gandingan mantap Mohammad Arif Mohd Ali, Muhd Khairul Nadzmi Sahlan, Amirul Hadi Ahmad dan Hakim Azman membuahkan hasil apabila mengalahkan kedua-dua pasukan  dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2  dengan 17 jaringan dan 11 berbalas 3 diperlawanan akhir dan seterusnya muncul menjadi juara dan membawa pulang piala pusingan YB Dato' Hj Baderi Hj Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PANTI.


Jumaat, Mac 09, 2012

KEJOHANAN POLO BASIKAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA KALI PERTAMA TAHUN 2012

BANDAR TENGGARA : 9 MAC 2012 (JUMAAT)

PIALA PUSINGAN KEJOHANAN
Oleh : YB Dato Hj Baderi bin Hj Dasuki
ADUN PANTI

Selasa, Januari 24, 2012

BENGKEL POLO BASIKAL KALI KE-2 ANJURAN PPDKULAI

Bengkel Polo Basikal Kali Ke-2 Anjuran PPD Kulaijaya akan diteruskan lagi tahun 2012. Masa dan tarikh akan diberitahu kemudian. Berita baik untuk murid yang berminat sila hubungi melalui pendaftaran online.

Rabu, November 23, 2011

KAYUHAN PENGANTIN

Felda Inas: 19 November 2011

Team BTec ke Felda Inas, Kulaijaya
Dari kiri: Yusri, Aidil Shamin, Mohd Arif, Anili Hasziza (bakal pengantin), Ahmad Survi (GPK Kokurikulum),
Abd Razak Saat dan Khairulnizam Mohd Yusof (Ketua xpdc) 

Kayuhan sejauh 28 kilometer pergi dan balik ke Felda Inas, Kulaijaya membawa kenangan dan nostalgia kepada bakal pengantin baru, Annili Hasziza Haron. Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh Pak Haron dan keluarga. Turut hadir dalam mini XPDC pagi ini ialah rakan-rakan pengantin Siti Hanizan Samsuri, Anili Fasha Mahadi dan Ruhaiza Muhd Zain.

Rabu, Oktober 19, 2011

Ahad, Oktober 09, 2011

PPD PONTIAN - ANJURKAN BENGKEL POLO BASIKAL

Pontian:8 Oktober 2011
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Abd Rahim Lamin merasmikan Bengkel dan Latihan Polo Basikal di Sekolah Menengah Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian. Dalam ucapannya, beliau amat tertarik dengan kelahiran sukan baru ini yang berasaskan basikal. Katanya lagi, pihaknya akan memastikan bahawa sukan polo basikal ini dimasukkan dalam takwim sukan permainan di daerah Pontian pada tahun 2012.. Antara tujuan utama ialah untuk memberikan peluang kepada pelajar bergiat dalam sukan untuk kesejahteraan diri, kesihatan dan mengujudkan budaya sihat selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan.

Selasa, Ogos 30, 2011

Alfatihah kepada Arwah Shahrudin Masrom



Rakan kita, Almarhum Shahrudin Masrom telah kembali ke rahmatullah pada 22 Ogos 2011.
Berdiri no 2 dari kiri. Kenangan bersama ketika tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor.

Link ke Berita KOSMO:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm


Khamis, Julai 28, 2011

YB Dato' Haji Baderi Menutup Rasmi Bengkel dan Latihan Polo Basikal




Kulaijaya- Yang Berhormat Dato' Haji Baderi bin Haji Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cawangan PANTI, Kota Tinggi turun ke SMK Bandar Tenggara 2 untuk Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya. Turut mengiringi YB ialah Pengetua SMK Bandar Tenggara 2, Tuan Haji Shahrom bin Sukari, Pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani, Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Ustaz Abd Rahman Ismail.

Turut menyambut ketibaan YB ialah Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya, Mansor Othman, Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdull Talib Daud, Penyelia Kokurikulum, Johan Nasir, pengetua-pengetua, Guru-guru Kanan, guru-guru pengiring dan peserta bengkel.



Banting: SMK Sultan Alaudin, Bukit Besar.



Guru-guru pengiring teruja dengan sukan polo basikal.
Mereka juga turut mencuba sukan ini.





Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal
Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya

Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada 15 buah sekolah menengah
daerah Kulaijaya yang turut serta. YB Dato' diiringi oleh Mansor Othman, Penolong PPD Kulaijaya.

Keputusan Perlawanan Persahabatan:-


1. SSA (1) vs BT2 (1)

2. KS (3) vs BP (1)

3. STARP (0) vs BT (8)

4. SSI (0) vs SP (0)

5. S (2) vs KB (1)

6. SMKPK A (2) vs KK (1)

7. IP 1(2) vs KP (4)

8. SMPK B (1) vs SMA (1)
Sekolah yang mendapat gol terbanyak ialah SMK BANDAR TENGGARA dan SMK KANGKAR PULAI, dipertemukan dalam perlawanan persahabatan peringkat akhir, telah berlangsung pada jam 4.45 petang.

Keputusannya : SMKBT (7) vs SMK KP (0)

Maklumat lanjut sila hubungi : ahmadsurvi@gmail.com

Isnin, Julai 25, 2011

Perlawanan Persahabatan Antara Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya

Klik 2x pada gambar di atas

Kulaijaya - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya akan menganjurkan Bengkel dan Latihan Polo Basikal kepada murid-murid Tingkatan 4 atau 2, Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, kata Penolong PPD Kulaijaya, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman.

Bengkel tersebut akan diadakan di padang SMK Bandar Tenggara 2, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Majlis penutupan dan penyampaian sijil akan disempurnakan oleh Y.A.B dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), PANTI, Kota Tinggi.

JAWATANKUASA

1. MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN SIJIL: SMK SRI PINANG.
2. URUSETIA DAN KEPEGAWAIAN - SMK BANAR TENGGARA
3. SIARAYA DAN DOKUMENTASI - SMK SULTAN ALAUDIN, FELDA BUKIT BESAR.
4. MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA, VIP - SMK BANDAR TENGGARA 2

Ahad, Jun 26, 2011

Bengkel Pertama Sukan Polo Basikal Anjuran PPD Kulaijaya


Bergambar bersama Penolong PPD Kulaijaya dan Penyelia Sukan PPD Kulaijaya

Kulaijaya- Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman selaku penganjur bengkel sukan
polo basikal ditemui berkata," inovasi baru dalam sukan berbasikal ini mula diperkenalkan di daerah Kulaijaya. Ketika itu daerah Kulaijaya menjadi tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya merupakan sekolah pertama yang menjadi pelopor kepada sukan ini dan membuat persembahan dalam acara penutup MSSJ tahun 2005. Katanya lagi," masanya sudah tiba untuk sukan ini dikembangkan ke peringkat sekolah-sekolah negeri Johor, selaras dengan Pelaksanaan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)".

Tujuan utama penganjuran bengkel seperti ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor bagi memilih sukan kegemaran mereka bagi membantu mencapai matlamat menyemarakkan kegiatan sukan di sekolah.
Tambahnya lagi, sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor telah turut serta dalam Bengkel dan Latihan Polo Basikal di padang SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya sempena Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011.

Harapan beliau pada satu masa nanti sukan ini digemari oleh murid-murid sekolah dan menjadi satu alternatif kepada mereka untuk bergiat dengan cergas dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kejohanan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor perlu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan pelajar sekolah.



Pengerusi Teknik, Ahmad Survi berkata sukan ini baru di Malaysia. Ianya dipelopori oleh Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Muhammad Ikhmal Hisham Abd Rahim. Persatuan tersebut telah didaftarkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2008 dan bergiat aktif sehingga sekarang. Pasukan dari PPBJ yang mewakili Malaysia telah berjaya membawa pulang piala naib johan dalam Kejohanan Polo Basikal Peringkat Komanwel Kali Pertama, di Bhilai, India pada tahun 2009. Seramai dua orang guru dari daerah Kulaijaya ini telah mewakili pasukan tersebut.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam bengkel dan latihan polo tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Bandar
Tenggara 2, SMK Indahpura 1, SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura,
Kulaijaya, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, SMK Pasir Putih, Pasir
Gudang, SMK Johor Jaya 2, Johor Bahru dan SM Tinggi Batu Pahat. Seramai 40 peserta dan 15 guru terlibat.


Saiful Ikhmal Ahmad Jais, 15, dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian menjadi penjaring terbanyak dan sekolahnya berjaya mengalahkan SMK Pasir Putih, Pasir Gudang. Perlawanan itu kendalikan oleh dua orang pengadil iaitu Ahmad Survi dan pengadil kedua Aidil Shamin Abd Razak dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, Timbalan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Azman Mohd Shah, Naib PPBJ, Abdul Hadi Abas, Nazrim Abd Aziz Penolong Kanan Kokurikulum SMK Indahpura 1, Nor Azam Shuib, SMK Johor Jaya 2, Wan Bidah Wan Salleh dan Penolong Kanan Pentadbiran SMKBT 2,  Khairudin Mustapha.

Guru-guru penasihat yang terlibat sama adalah Matzalan Zaini (SMKIP), Rosidah Abdullah Sani (SDAHA), Mariam Md Nor (SDAHA), Jodi Ahmad
Mokhtar (SMKBT 2), Masrizal Naris (SMKTBP), Mohamad Hasrul Yusof
(SMKPPPG), Ahmad Nazri Selamat, Abd Razak Saat, Khairulnizam Mohd
Yusof, Idris Yaman, Anili Fasha Mahadi, Rohizah Mohd Zain, Zulkifli Jaafar, Norul Farha Mohd Nor (SMKBT) dan Eric Yeo Cheng Ann (SPPKVIP).

Selasa, April 12, 2011

Kulaijaya Extreme Cycling Canival- 12 Jun 2011

Kunjungi tapak pameran Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
Pautan ke Kelab Berbasikal Kulaijaya (kbc)

Aktiviti di khemah pameran Kelab Polo Basikal:-
1. Maklumat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
2. Maklumat penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
3. Maklumat Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ).
4. Sejarah ringkas perkembangan sukan Polo Basikal di Malaysia.
5. Mempamerkan basikal yng digunakan dalam permainan Polo Basikal.
6. Demo sukan Polo Basikal - padang dan "hard court".
7. Melihat tayangan video Polo Basikal - undang-undang.
8. Melihat tayangan video pertandingan peringkat antarabangsa.

Dan banyak lagi...jangan lupa datang ke khemah kami.
Kami sedia membantu anda dalam memperkenalkan sukan baru ini di sekolah anda, jabatan dan NGO.
 

Khamis, Januari 27, 2011

LATIHAN POLO BASIKAL DI GELANGGANG BERTURAP - HARDCOURT -

Latihan Polo Basikal kali ini diJjalankan di Gelanggang Serbaguna (Hardcourt). Pemain-pemain menerima tunjuk ajar daripada En Aidil Shamin bin Abd Razak, jurulatih sekolah.

Kelab Polo Basikal


Bukan bola tenis

Pemainan penuh ( 30 minit)

Mohd Alif Farhan bin Salim

Nurul Hidayah binti Rajuan



Khamis, Januari 06, 2011

LATIHAN PUSAT - 15 dan 16 Januari 2011

Latihan tetap diteruskan walau pun cuaca tidak menentu. Pasukan Polo Basikal Negara yang mantap, kuat dan berprestasi tinggi perlu dibentuk untuk menghadapi Kejohanan Polo basikal Peringkat Komanwel Kali Ke-2 di London, United Kingdom. Jangkaan kejohanan itu ialah pada November 2011.

Oleh itu setiap ahli lama dan baru perlulah memberikan komitmen yang tinggi. Perjuangan perlu diteruskan. Tingkatkan usaha, latihan yang konsisten, meningkatkan kemahiran dan komunikasi.

" Majulah Sukan Untuk Negara"

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya