Promosi Sukan Baru

Ahad, Jun 26, 2011

Bengkel Pertama Sukan Polo Basikal Anjuran PPD Kulaijaya


Bergambar bersama Penolong PPD Kulaijaya dan Penyelia Sukan PPD Kulaijaya

Kulaijaya- Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman selaku penganjur bengkel sukan
polo basikal ditemui berkata," inovasi baru dalam sukan berbasikal ini mula diperkenalkan di daerah Kulaijaya. Ketika itu daerah Kulaijaya menjadi tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya merupakan sekolah pertama yang menjadi pelopor kepada sukan ini dan membuat persembahan dalam acara penutup MSSJ tahun 2005. Katanya lagi," masanya sudah tiba untuk sukan ini dikembangkan ke peringkat sekolah-sekolah negeri Johor, selaras dengan Pelaksanaan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)".

Tujuan utama penganjuran bengkel seperti ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor bagi memilih sukan kegemaran mereka bagi membantu mencapai matlamat menyemarakkan kegiatan sukan di sekolah.
Tambahnya lagi, sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor telah turut serta dalam Bengkel dan Latihan Polo Basikal di padang SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya sempena Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011.

Harapan beliau pada satu masa nanti sukan ini digemari oleh murid-murid sekolah dan menjadi satu alternatif kepada mereka untuk bergiat dengan cergas dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kejohanan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor perlu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan pelajar sekolah.



Pengerusi Teknik, Ahmad Survi berkata sukan ini baru di Malaysia. Ianya dipelopori oleh Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Muhammad Ikhmal Hisham Abd Rahim. Persatuan tersebut telah didaftarkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2008 dan bergiat aktif sehingga sekarang. Pasukan dari PPBJ yang mewakili Malaysia telah berjaya membawa pulang piala naib johan dalam Kejohanan Polo Basikal Peringkat Komanwel Kali Pertama, di Bhilai, India pada tahun 2009. Seramai dua orang guru dari daerah Kulaijaya ini telah mewakili pasukan tersebut.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam bengkel dan latihan polo tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Bandar
Tenggara 2, SMK Indahpura 1, SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura,
Kulaijaya, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, SMK Pasir Putih, Pasir
Gudang, SMK Johor Jaya 2, Johor Bahru dan SM Tinggi Batu Pahat. Seramai 40 peserta dan 15 guru terlibat.


Saiful Ikhmal Ahmad Jais, 15, dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian menjadi penjaring terbanyak dan sekolahnya berjaya mengalahkan SMK Pasir Putih, Pasir Gudang. Perlawanan itu kendalikan oleh dua orang pengadil iaitu Ahmad Survi dan pengadil kedua Aidil Shamin Abd Razak dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, Timbalan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Azman Mohd Shah, Naib PPBJ, Abdul Hadi Abas, Nazrim Abd Aziz Penolong Kanan Kokurikulum SMK Indahpura 1, Nor Azam Shuib, SMK Johor Jaya 2, Wan Bidah Wan Salleh dan Penolong Kanan Pentadbiran SMKBT 2,  Khairudin Mustapha.

Guru-guru penasihat yang terlibat sama adalah Matzalan Zaini (SMKIP), Rosidah Abdullah Sani (SDAHA), Mariam Md Nor (SDAHA), Jodi Ahmad
Mokhtar (SMKBT 2), Masrizal Naris (SMKTBP), Mohamad Hasrul Yusof
(SMKPPPG), Ahmad Nazri Selamat, Abd Razak Saat, Khairulnizam Mohd
Yusof, Idris Yaman, Anili Fasha Mahadi, Rohizah Mohd Zain, Zulkifli Jaafar, Norul Farha Mohd Nor (SMKBT) dan Eric Yeo Cheng Ann (SPPKVIP).

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya