Promosi Sukan Baru

Selasa, Jun 12, 2012

PEMAIN SUKAN POLO BASIKAL SEKOLAH BERAKSI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR










Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara buat julung-julung kalinya akan mengadakan pameran dan demonstrasi permainan sukan polo basikal di padang kawad Universiti Teknologi Malaysia pada 24 Jun 2012 (Ahad). Penghormatan yang diberikan oleh pihak penganjur ini menunjukkan bahawa sukan berasaskan basikal mendapat perhatian daripada peminat-peminat sukan rekreasi di negeri Johor lebih-lebih lagi ianya dianjurkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Antara matlamat utama pameran dan demonstrasi sukan polo basikal ini ialah untuk memberikan pendedahan  secara terus kepada pengunjung-pengunjung dan peminat sukan berbasikal. Walau pun pada asasnya sukan polo basikal ini dipertandingkan di padang berumput dengan ukuran seperti padang bola sepak, namun atas dasar pembelajaran ianya boleh juga diadakan di kawasan lapang sebesar ukuran padang futsal.

Kami menaruh harapan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi universiti pertama yang menganjurkan pertandingan polo basikal antara pusat-pusat pengajian tinggi, suatu masa nanti.

Perkembangan terbaru, sukan berbasikal ini terbahagi kepada dua iaitu Polo Basikal Gelanggang dan Polo Basikal Padang.

Polo Basikal Padang











Polo Basikal Gelanggang

Basikal mtb yang digunakan dalam
sukan  polo basikal gelanggang

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya