Promosi Sukan Baru

Jumaat, Oktober 29, 2010

Pameran Rakan Muda Kecergasan

SMK Bandar Tenggara telah mendapat jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor untuk mengadakan pameran pada 30 Oktober 2010 di Pusat Islam Johor Bahru. Program tersebut adalah berkaitan dengan Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah (ARPRM) peringkat Negeri Johor.

Jawatankuasa pameran yang diketuai oleh En Ahmad Nazri bin Selamat (Penyelaras Sukan Permainan) akan berada di tapak pameran pada jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Turut terlibat menjadi jawatankuasa pameran ialah En Abd Razak bin Saat (Pengerusi Kelab Polo Basikal), En Aidil Shamin bin Abd Razak (Jurulatih), Cik Siti Nurhaliza binti Samsuri dan Cik Rohaiza binti Othman.

Seramai 8 pelajar ahli kelab turut sama bertugas pada hari berkenaan yang diketuai oleh Ahmad Nazreen (Pengerusi Kelab).

Selasa, Oktober 12, 2010

Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran Kerajaan Negeri Johor akan diadakan di Ruang Pameran Kompleks Islam Johor pada 30 Oktober 2010.

SMK Bandar Tenggara menerima surat jemputan bagi mempromosikan sekolah dan produk yang memenuhi kriteria Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Sehubungan dengan itu Kertas Konsep Pameran disediakan bagi dibentangkan dalam mesyuarat pelaksanaan program pada hari Jumaat ini.

1. Komponen : Rekreasi Fizikal
2. Gaya Hidup : Rakan Muda Kecergasan
3. Aktiviti : Sukan Polo Basikal

Kertas Konsep Pameran.
Ada 3 muka surat.


Khamis, Oktober 07, 2010

CYCLING ASIA MEGAZINE - Cyclepolo

Aidil dan Fuad.
Cycling Asia Megazine, Issue 5 2010.


Cikgu Aidil Shamin Abd Razak (Malaysia Player),
SMK Bandar Tenggara school teacher.
SIMPLE BUT FUN
Malaysia Team.
Muhamad Ikhmal Hisham b. Abd Rahim (Presiden), Nur Hazamimah bte Abdul Aziz (Secretary), Tn Hj Azman b. Mohd Sham (Umpire), Ahmad b. Survi (Umpire), Abd Hadi (Coarch), Ismail, Nazrim, Fuad, Shahrudin, Aidil Shamin, Razali, Mohd Razi, Anuar and Fazlie.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Surat Khabar Sinar Harian - SMK Bandar Tenggara terajui polo berbasikal

Kulaijaya, Johor Darul Ta'zim, Malaysia- oleh Nurul Husna Azizan


















Kronologi : Kelab Polo Basikal SMKBT
Dari Tahun : 2004 hingga sekarang...



































Terima kasih kerana anda mengunjungi Laman Blog kami.
Majulah Sukan Untuk Negara.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya