Promosi Sukan Baru

Kelab Polo SMKBT

MOTO SEKOLAH : BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI

ORGANISASI
KELAB POLO BASIKAL
SMK BANDAR TENGGARA




Penaung
Yang Berbahagia
En Aminudin bin Adam,
Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Penasihat
Yang Berbahagia En. Ishak bin Mahbob
Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya


Pengerusi
Pn. Zaharah binti Mohd Jani
Pengetua SMK Bandar Tenggara


Timbalan Pengerusi
Pn Anim binti Mohamed Jaib
GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi 1

Encik Ahmad bin Survi
GPK Kokurikulum


Naib Pengerusi 2
En Rashid bin Muhidin
GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3
En Mohd Pozi bin Kemin
GPK PraUniversiti

En Hamzah Hamdan
GPK Pendidikan Khas

Ketua Penyelaras
Encik Ahmad Nazri bin Selamat
Setiausaha Sukan Sekolah

Penyelaras Kelab & Jurulatih
Encik Aidil Shamin bin Abd Razak

Penolong Jurulatih
En. Mohd Khairulnizam bin Mohd Yusof
En. Abd Razak bin Saat


-->
FALSAFAH SEKOLAH KAMI
Semua murid di sekolah ini mempunyai potensi yang boleh diperkembangkan supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani yang berdasarkan kepercayaan kepada Allah.

Mereka ini boleh diajar dan dididik supaya menjadi insan hebat yang berilmu pengetahuan, patuh kepada ajaran agama, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya untuk berdikari serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH KAMI
Melahirkan warga sekolah yang cemerlang, berketrampilan serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya boleh menjadi insan yang hebat.

 


Sejarah Penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara
Gambar: Berita Harian Tahun 2004

Sejarah bermula pada tahun 2004: Apabila Yang Berhormat Dato' Adham bin Baba, Setiausaha Perlimen Tenggara datang ke Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Tenggara melihat pameran dan pertunjukan Sukan Polo Basikal kepada pelajar-pelajar sekolah dan ibu bapa.

Pameran itu diadakan sempena Hari Diskusi Ibu Bapa Guru di Dewan Sekolah. Encik Azman bin Adnan merupakan Guru Penolong Kanan Akademik pada masa itu.

Turut hadir bersama-sama YB dato' ialah Tuan Haji Zakaria bin Md Nor, Pengetua Sekolah, Tuan Haji Markom bin Giran, PPD Kulai dan Tuan Haji Baharudin bin Mohd Sham, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bandar Tenggara..

Kelihatan Ahmad Survi sedang menceritakan dan menunjukkan pemukul (mallet), basikal mountainbike dan bola tenis serta menceritakan tentang perkembangan Sukan Inovasi Polo Kuda. '


Sejarah Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
Diperkenalkan dan diusahakan oleh Cikgu Ahmad bin Survi selaku Pengerusi Kelab. Turut memajukan sukan ini ialah setiausaha sukan sekolah , En Mustaffa bin Yunos, En Abd Razak bin Saat selaku timbalan pengerusi, En Norazmey bin Zainory sebagai guru penasihat.

Pasukan pertama sekolah ini diketuai oleh Ahmadiah bin Abd Aziz. Pemain-pemain terdiri daripada Mohd Fahemi bin Arpah, Taqiuddin bin Poniran, Mohd Huzairy bin Mohd Buang, Mohd Irham bin Mohamed, Zulfazlan bin Jumrah, Khairi Azhar bin Rosni, Rosshahrrizal bin Mohd Sham, Mohd Nor Selamat bin Arsat, Izzat Fahmi bin Jahan, Mohd Ikhwan bin Jasmeen dan Mohd Shahid bin Masral.

Pegawai-pegawai terdiri daripada Nurul Hidayah binti Hj Daud, Nur Zakiah binti Jalaludin, Sahirah Haryati soh, Nobinti Saari, Noor Shafiqah binti Ishak, Zaharah binti Aris, Norashimah binti Abd Rauf, Yusniza binti Jusoh, Norhasnida binti Saburi dan Suhaidah binti Nordin.

Mereka di atas merupakan kumpulan pertama yang menceburi sukan Polo Basikal pada tahun 2004.
 Dan mengembangkan sukan ini di peringkat sekolah dan membuat persembahan semasa Kejohanan Olhraga Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Kulaijaya, johor Darul Ta'zim pada tahun 2005.





Cikgu Aidil Shamin bin Abd Razak (SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya) ditemuramah oleh pihak wartawan dan TV India pada 16 Disember 2010 sempena Kejohanan Polo Basikal Komanwel Pertama di Bhilai,
Chhattisgart, India.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain-pemain Polo Basikal Sekolah, AJK Kelab Polo Basikal Sekolah, Ibu bapa dan orang perseorangan yang telah menyumbangkan tenaga serta wang ringgit sehigga berjaya memperkembangkan sukan baru bertaraf antarabangsa di kawasan KEJORA (Kemajuan Jophor Tenggara).

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya