Promosi Sukan Baru

Khamis, Ogos 19, 2010

Perlembagaan Persatuan - Penubuhan Kelab Polo Basikal Sekolah


ARTIKEL SATU
PERATUAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN)
BAGI KELAB POLO BASIKAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TENGGARA.

1.1 Nama:
Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Polo Basikal Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara atau ringkasnya KPBSMKBT yang selepas ini disebut sebagai kelab sahaja.

1.2 Alamat:
Kelab Kelab Polo Basikal Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, 81440 Bandar Tenggara Johor.

ARTIKEL DUA

2.1 Pendaftar:
Pendaftar kelab ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, 81440 Bandar Tenggara Johor. mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil.42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2 No. Pendaftaran:
28/2004/SMK Bandar Tenggara.

2.3 Dokumen Pendaftaran:
Bil: (23) dlm. SMKBT 03/03/02 bertarikh 4 Oktober 2004.

ARTIKEL TIGA

3.1 Penasihat:
Penasihat kelab ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

4. Tujuan:-
Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:-
4.1 Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dengan permainan Polo Basikal.
4.2 Memupuk kemesraan, semangat sepasukan dan bersatu padu di kalangan ahli-ahli kelab.
4.3 Menyemarakkan kegiatan-kegiatan kependidikan yang berkaitan dengan bidang permainan polo basikal.
4.4 Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli kelab mengembangkan bakat dan potensi masing-masing dalam bidang permainan Polo Basikal.
4.5 Meningkatkan pengetahan, pengalaman, dan kemahiran ahli-ahli dalam permainan Polo Basikal.

ARTIKEL LIMA
5.1 Keahlian:

5.1.1 Syarat-syarat keahlian:-
5.1.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.
5.1.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Borang PMA) dan dikemukakan kepada Setiausaha tidak lewat daripada 31 Januari setiap tahun.
5.1.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbang dan diluluskan oleh Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa menerima atau menolak sesuatu permohonan adalah muktamad.
5.1.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana¬mana pihak dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

5.1.2 Hak ahli:
Seseorang yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:-

5.1.2.1 mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab;
5.1.2.2 menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab;
5.1.2.3 menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab;
5.1.2.4 menggunakan peralatan, prasarana, dan kemudahan-kemudahan kepunyaan kelab;
5.1.2.5 mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada Ahli Jawatankuasa Kelab mengenai isu-isu yang berbangkit.

5.1.3 Kewajipan Ahli:
Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli kelab ini wajib:-
5.1.3.1 Menghormati, mendukung, dan mematuhi Perlembagaan dan Peraturan- Peraturan Kelab ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan;
5.1.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab;
5.1.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab;
5.1.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda kelab;
5.1.3.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia kelab;
5.1.3.6 Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain;
5.1.3.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang dianjurkan oleh kelab;
5.1.3.8 Menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari setiap tahun.
5.1.4 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli.
5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat.
5.1.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan- peraturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat. Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebutjuga hendaklah diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan dan penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan atas rayuan oleh ahli tersebut.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya