Promosi Sukan Baru

Ahad, Ogos 29, 2010

Cerita Sukan Cyclepolo dengan Cycleball

Gelanggang berturap.
Klik di sini

Polo Basikal adalah sukan berbasikal yang dimainkan secara berpasukan. Sukan ini telah ditemui di Daerah Wicklow, Ireland, pada 1891 oleh Richard J. Mecredy. Beliau adalah atlit berbasikal dan telah bersara. Polo Basikal adalah inovasi daripada sukan Polo Kuda.


Di Negara Eropah sukan Polo Basikal ini menggunakan padang yang berturap, di taman-taman bunga dan kawasan tempat letak kereta. Keadaan ini telah menjadikan sukan ini berkembang dengan luasnya pada tahun 2007.

Sukan ini telah berkembang dengan pesat di Amerika Syarikat, Ireland, Perancis, India, Jerman, Pakistan, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Hungary, Australia, Sweden, United Kingdom, Argentina, Itali, dan Kanada.

Basikal Bola (Cycleball)

"Cycleball" dimainkan di dalam dewan.
Basikal Bola ini juga dikenali sebagai "radball". Diperkenalkan pada tahun 1893 di Jerman oleh seorang kacukan berbangsa Jerman – Amerika yang dipanggil Nicholas Kaufmann. Sukan ini mirip kepada sukan bola sepak atau futsal. Pemain menggunakan roda basikal untuk mengues, menggelecek, menendang dan menjaringkan gol.

Setiap pasukan terdiri daripada dua orang. Basikal yang digunakan tidak ada sistem gear, brek atau freewheel.

Kejohanan Pertama Dunia telah diadakan pada tahun 1929. Sekarang ini bola basikal ini telah dipopularkan di negara-negara seperti Belgium, Republik Czech, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Russia, Sweden, dan Switzerland. Pospisil Czechoslovakia telah menjadi juara dunia sebanyak 20 kali antara tahun 1965 dan 1988.

Sebanyak 440 Kelab Sukan Bola Basikal telah tumbuh di bandar-bandar di merata tempat di dunia. Iaitu 314 buah kelab di Jerman, 45 di Switzerland, 19 di Austria, 17 di Jepun, 16 di Perancis, 12 di Republik Czech, 5 di Belgium, 4 di Hungary, 2 di China, 1 di Croatia, 1 di Denmark, 1 di Malaysia (Johor), 1 di Belanda, 1 di Romania dan 1 di Slovakia.

Dikarang oleh abs, 29 Ogos 2010.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya