Promosi Sukan Baru

Rabu, November 23, 2011

KAYUHAN PENGANTIN

Felda Inas: 19 November 2011

Team BTec ke Felda Inas, Kulaijaya
Dari kiri: Yusri, Aidil Shamin, Mohd Arif, Anili Hasziza (bakal pengantin), Ahmad Survi (GPK Kokurikulum),
Abd Razak Saat dan Khairulnizam Mohd Yusof (Ketua xpdc) 

Kayuhan sejauh 28 kilometer pergi dan balik ke Felda Inas, Kulaijaya membawa kenangan dan nostalgia kepada bakal pengantin baru, Annili Hasziza Haron. Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh Pak Haron dan keluarga. Turut hadir dalam mini XPDC pagi ini ialah rakan-rakan pengantin Siti Hanizan Samsuri, Anili Fasha Mahadi dan Ruhaiza Muhd Zain.


Khairulnizam Mohd Yusuf, mengetuai kayuhan ini ditemui berkata, matlamat kami ialah mengunjungi dan meraikan rakan sekerja dari SMK Bandar Tenggara yang menamatkan zaman bujang keesokan harinya. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Annili Hasziza kerana sudi menerima kehadiran kami.
"Selamat Pengantin Baru,
Semoga Berbahagia Sehingga Ke anak Cucu"

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya