Promosi Sukan Baru

Jumaat, Oktober 29, 2010

Pameran Rakan Muda Kecergasan

SMK Bandar Tenggara telah mendapat jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor untuk mengadakan pameran pada 30 Oktober 2010 di Pusat Islam Johor Bahru. Program tersebut adalah berkaitan dengan Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah (ARPRM) peringkat Negeri Johor.

Jawatankuasa pameran yang diketuai oleh En Ahmad Nazri bin Selamat (Penyelaras Sukan Permainan) akan berada di tapak pameran pada jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Turut terlibat menjadi jawatankuasa pameran ialah En Abd Razak bin Saat (Pengerusi Kelab Polo Basikal), En Aidil Shamin bin Abd Razak (Jurulatih), Cik Siti Nurhaliza binti Samsuri dan Cik Rohaiza binti Othman.

Seramai 8 pelajar ahli kelab turut sama bertugas pada hari berkenaan yang diketuai oleh Ahmad Nazreen (Pengerusi Kelab).

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya