Promosi Sukan Baru

Sabtu, Ogos 07, 2010

Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-4 di SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Khusus kepada pelajar PraUniversiti (Bawah) Tahun 2010.


Sukan yang baru diperkenalkan di negara kita ini semenjak tahun 2001 oleh Muhammad Ikmal bin Hisham di Kuala Lumpur, telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar sekolah. Pemain-pemain polo basikal dari Syarikat Air Johor (SAJ) sebagai penggerak utama dalam sukan ini bermula pada tahun 2002 apabila beliau berhijrah ke negeri Johor.

Manakala SMK Bandar Tenggara Kulaijaya pula satu-satunya sekolah yang mengorak langkah memperkenalkan dan mempopularkan sukan ini kepada murid dan pelajar. Kini berbekalkan pengalaman, cikgu Ahmad b.Survi (abs) yang telah bergiat selama 6 tahun dalam sukan polo basikal ini dan menjadi orang penting dalam memajukan sukan ini di peringkat sekolah.

Di peringkat Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), beliau bersama-sama, Muhammad Ikhmal Hisham, Presiden Persatuan Polo Basikal Johor, Tuan Haji Azman Mohd Sham (Timbalan), Abdul Hadi Abas (Naib 1), Ismail Manan (Jurulatih), Mohd Fuad, Nazrim Abd Aziz (JK Promosi), Norazah Abd Aziz (Setiausaha) dan semua jawatankuasa serta pemain-pemain Polo Basikal Johor bergiat telah bergiat cergas dalam memajukan sukan ini di peringkat negeri Johor dan antarabangsa.

Siri pertama telah dibuat di Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang, Masai, di mana pasukan dari Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara telah terlibat berlatih bersama-sama pasukan negara yang akan bertanding di peringkat antarabangsa.

Pada Tahun 2005, Pasukan Polo Basikal SMK Bandar Tenggara telah diberi peluang oleh Pengurusan Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Ja'afar Bohari,untuk mengadakan persembahan sukan ini sempena Perasmian Penutup Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Kulaijaya. Ketika itu, urusan persembahan dikendalikan oleh Naaman Hj Mohd Shah, Unit Sukan JPNJ. Pegawai Pelajaran Daerah Kulai (PPD Kulai)ketika itu ialah Tuan Haji Markom bin Giran dan Tuan Haji Zakaria Mohd Nor merupakan pengetua SMK Bandar Tenggara.

Siri ke-2, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Dato' Penggawa Barat, SMK Ayer Baloi, Pontian telah mengikuti bengkel dan latihan polo basikal ini di tempat yang sama.

Pada 1 Ogos 2010, Bengkel dan Latihan Polo Basikal Siri Ke-3 telah diadakan dengan jayanya di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian atas undangan dari pengetua sekolah itu Tuan Haji Zini bin Abd Fatah. Dengan restu Zainal Othman, pengetua SMK Bandar Tenggara, cikgu Ahmad Survi, Aidil Shamin Abd Razak dan tiga orang pelajar dari Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara menjadi pengerak utama perbengkelan selama 1 hari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang.

Pada hari ini Sukan Polo Basikal ini diperkenalkan kepada pelajar PraUniversiti SMK Bandar Tenggara. Matlamat utama ialah untuk menjadikan sukan ini diterima oleh Persatuan Tingkatan Enam (PraUniversiti) di daerah Kulaijaya dan daerah-daerah lain di negeri Johor. Antara objektif promosi ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang akan mewakili negara pada masa akan datang.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya