Promosi Sukan Baru

Ahad, Oktober 09, 2011

PPD PONTIAN - ANJURKAN BENGKEL POLO BASIKAL

Pontian:8 Oktober 2011
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Abd Rahim Lamin merasmikan Bengkel dan Latihan Polo Basikal di Sekolah Menengah Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian. Dalam ucapannya, beliau amat tertarik dengan kelahiran sukan baru ini yang berasaskan basikal. Katanya lagi, pihaknya akan memastikan bahawa sukan polo basikal ini dimasukkan dalam takwim sukan permainan di daerah Pontian pada tahun 2012.. Antara tujuan utama ialah untuk memberikan peluang kepada pelajar bergiat dalam sukan untuk kesejahteraan diri, kesihatan dan mengujudkan budaya sihat selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan.
Wakil pengetua, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Mahidah Kosnan, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, Syarikat Takaful Malaysia, jurulatih dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, pegawai-pegawai, guru-guru pengiring dan peserta- peserta kursus seramai 50 orang murid dari 4 buah sekolah daerah Pontian. Tahniah dan ucapan syabas kepada penyelaras bengkel ini kerana berjaya mengadakan bengkel dan latihan polo basikal di SDAHA.


Pengurus cawangan Syarikat Takaful Malaysia, Maznah Abdullah penaja utama bengkel ini, begitu teruja dengan sukan yang baru diperkenalkan di daerah Pontian ini. dalam ucapannya Sekolah Menengah Dato' Ali Haji Ahmad merupakan satu-satunya sekolah yang menjadi anak angkat kepada Takaful Malaysia di atas usaha penyelaras bengkel untuk mempromosikan dan mengetengahkan sukan baru di daerah Pontian. Keselamatan pelajar dalam sebarang aktiviti kokurikulum perlu dipertingkatkan agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Beliau menegaskan semua peserta bengkel telah diinsurankan oleh Takaful Malaysia. 

Penyelaras bengkel ini, Cik Rosidah Abdullah, berkata perancangan yang telah terkendala sebanyak dua kali sebelum ini akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Maznah Abdullah, bersama pasukan Takaful Malaysia
Cawangan Pontian.
Perlawanan persahabatan di antara sekolah-sekolah yang terlibat. SMK Dato'Ali Haji Ahmad, SM Dato' Pengawa Barat dan SMK Ayer Baloi.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya