Promosi Sukan Baru

Khamis, Oktober 04, 2012

KEJOHANAN POLO BASIKAL GELANGGANG JOHOR 2012

Kejohanan Polo Basikal Gelanggang Johor 2012 anjuran Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ).   DUA KATEGORI
   

TERBUKA - Lelaki Senior
   Terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap pasukan terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain.  Basikal dan malet tidak disediakan (sendiri). Bayaran penyertaan untuk satu pasukan ialah RM 50.00
      
      TERBUKA - Lelaki Junior (bawah 18 tahun).
      Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Basikal dan malet tidak disediakan (sendiri). Bayaran penyertaan untuk satu pasukan ialah RM 30.00

Tarikh :

23 November 2012 : Klinik Polo Basikal Gelanggang

24 dan 25 November 2012 : Kejohanan Polo Basikal Gelanggang Johor 2012.


Lokasi:
Kompleks Sukan Pagoh, Muar, Johor

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penganjur/Urusetia:
ABDUL HADI (019-7793119), IKHMAL HISHAM (0197763366), AZMAN MD TAF ( 0137201717), SUBREE (0133302386)

Khamis, September 20, 2012

JOHOR TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN POLOBIKE DI KUALA LUMPUR

Kejohanan Polobike di Kuala Lumpur

Naib Juara
dari kiri, Hadi, Md Razi, Ikhmal Hisham (ketua) dan Md Fuad

Pasukan Polobike daripada Johor
diketuai oleh Ikhmal Hisham

Sedang dikemaskinikan....harap maaf

Ahad, September 09, 2012

PEMBENTANGAN PROGRAM LATIHAN 8 MINGGU

9 September 2012; Kursus Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani

Pensyarah dari United State Sports Academic
Mr. Antorny Castelon


For the pilot program, the Academy’s faculty developed a 10-course diploma program to teach in Malaysia, which was approved by the Malaysian Qualifications Authority (MQA), a national accrediting body.
Initially, six Academy educators are teaching in Malaysia. They will be joined in July and November by 14 other instructors to help deliver the program.

If you are interested in teaching opportunities overseas in Malaysia or elsewhere with the Academy, please forward a letter of interest, résumé, and three professional references to jobs@ussa.edu;  or to United States Sports Academy,  Attention: Dean of Administration and Finance, One Academy Drive, Daphne, AL 36526; or fax it to  251-621-2527



GROUP PRESENTATION


Group Presentations - develop an 8 week training program
Fakhri Mohd Nor (KL), Muhammad A'sharizal Zainuddin (KL), Ahmad Survi (Johor), Siti Mariam Ahmad (Johor),  Nor Bee Hamidon (Johor) and Mohammad Saipol Othman (Johor)



Rabu, Ogos 15, 2012

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FIXED GEAR TOURNAMENT 2012

15 Ogos 2012 : Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2012

Tarikh : 15-16 September 2012
Tempat : KL Velodrone, Cheras, Malaysia





Ada pertandingan polobike (polo gelanggang). Kelab-kelab dijemput untuk menyertai pertandingan. Satu pasukan terdiri daripad tiga orang pemain. Dimainkan di gelanggang berturap. Menggunakan undang-ungang antarabangsa.

Penganjur: Dame Events & Communications Sdn. Bhd
En Azrul 0103667710

Isnin, Jun 25, 2012

PAMERAN DAN DEMO SUKAN POLO BASIKAL SEMPENA UTM MTB ECO GREEN CHALLENGE 2012

25 Jun 2012: Sukan Polo Basikal

Peminat Sukan Polo Basikal
Sempena UTM MTB Eco Green Challenge 2012
Melihat pameran dan demo sukan polo basikal lantas beberapa pengunjung wanita berminat untuk mencuba sukan baru ini. Mereka teruja dan mencuba menunggang basikal dan bermain dengan memegang mallet serta berkayuh mengejar bola. Kata mereka, "susah juga untuk mengendalikan basikal sambil membuat pukulan. Itu belum lagi menyerang dan menjaringkan gol". Suatu sukan yang menarik dan boleh dikembangkan bukan sahaja kepada peminat berbasikal lelaki malah kaum wanita.


Dr Bambang Sumintono, Fakulti Pendidikan UTM
berkunjung ke khemah pameran dan demonstrasi sukan polo basikal

Bergambar dengan Dr Bambang Sumintono (Ph.D-VUW
Pasukan Polo Basikal SMK Bandar Tenggara sempat dikunjungi oleh Dr Bambang Sumintono, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia sempena UTM Eco Green Challenge petang semalam. Beliau ditemui berkata, inilah kali pertama saya melihat sukan berbasikal yang unik. Menaiki basikal sambil memukul bola serta berusaha menjaringkan gol.
Pukulan "backward drive"

Demostrasi Sukan Polo Basikal
Klik baca lagi - untuk lihat foto hari tersebut.

Selasa, Jun 12, 2012

PEMAIN SUKAN POLO BASIKAL SEKOLAH BERAKSI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR










Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara buat julung-julung kalinya akan mengadakan pameran dan demonstrasi permainan sukan polo basikal di padang kawad Universiti Teknologi Malaysia pada 24 Jun 2012 (Ahad). Penghormatan yang diberikan oleh pihak penganjur ini menunjukkan bahawa sukan berasaskan basikal mendapat perhatian daripada peminat-peminat sukan rekreasi di negeri Johor lebih-lebih lagi ianya dianjurkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Antara matlamat utama pameran dan demonstrasi sukan polo basikal ini ialah untuk memberikan pendedahan  secara terus kepada pengunjung-pengunjung dan peminat sukan berbasikal. Walau pun pada asasnya sukan polo basikal ini dipertandingkan di padang berumput dengan ukuran seperti padang bola sepak, namun atas dasar pembelajaran ianya boleh juga diadakan di kawasan lapang sebesar ukuran padang futsal.

Kami menaruh harapan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi universiti pertama yang menganjurkan pertandingan polo basikal antara pusat-pusat pengajian tinggi, suatu masa nanti.

Perkembangan terbaru, sukan berbasikal ini terbahagi kepada dua iaitu Polo Basikal Gelanggang dan Polo Basikal Padang.

Polo Basikal Padang











Polo Basikal Gelanggang

Basikal mtb yang digunakan dalam
sukan  polo basikal gelanggang

Rabu, Mei 30, 2012

KAYUHAN 1MALAYSIA DAN MOTORCROSS

27 Mei 2012: Pertandingan Motor Cross agenda utma takwim KEJORA setiap tahun.

Program Kali Pertama Anjuran KEJORA


Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa (tengah), Penolong
Pengurus Fakharur Razzy Hazeran (kiri) dan Ustaz Rosman (s/u JKKMBT)

Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa dalam ucapannya, penduduk di Bandar Tenggara yang mempunyai jumlah penduduk hampir 17,000 orang perlu mengambil peluang terhadap apa jua program yang dianjurkan oleh pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Kerajaan tempatan telah menyalurkan banyak peruntukan setiap tahun melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) untuk diagihkan kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai program kemasyarakatan.

Katanya lagi, Kayuhan 1Malaysia umpamanya merupakan satu program riadah yang baik. Mendidik anak-anak supaya terlibat dalam aktiviti sihat. Merekalah akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. "Badan sihat minda cergas," tambahnya. Gejala sosial akan berkurangan jika sukan ini dapat diatur dengan baik dan terancang. Sukan berbasikal sudah menjadi agenda utama negara, terkenal di peringkat global dan boleh menjadi kerjaya pada masa depan mereka. Saranan beliau, agar pihak masyarakat di sini agar dapat menubuhkan Kelab Berbasikal Bandar Tenggara untuk menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Setiausaha JKKMBT, Rosman Idris dalam ucapannya, Kayuhan 1Malaysia ini berjaya menarik seramai 120 orang peserta. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KEJORA, Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) Cawangan Bandar Tenggara , dan lebih khusus kepada penyelaras Kayuhan 1Malaysia; Sulaiman Mohd Rawi, jawatankuasa Kayuhan 1Malaysia, Balai Polis Bandar Tenggara, pasukan RELA, Klinik Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara, SMK Sri Pinang, SMK Bandar Tenggara 2, SK Bandar Tenggara 1 dan 2, Sekolah Agama dan penduduk di Bandar Tenggara kerana sama-sama menjayakan program ini.
Taklimat laluan kayuhan

Turut hadir dalam menjayakan Kayuhan 1Malaysia ialah Penolong Pengurus LBJT Penawar; Fakharur Razzy Hazeran; penasihat JKKMBT dan pegawai-pegawai LBJT Bandar Tenggara. Pengacara majlis, Zolkeplee Jemadar mengendalikan cabutan bertuah, 15 hamper telah disampaikan oleh Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA, Hamzah  Hj Isa sebelum majlis ditamatkan.
Peserta kayuhan

gaya peserta
Zolkeplee Jemadar dan kelab fixie
Taklimat keselamatan oleh
Sarjan Amran
Kawalan marshall
Di persimpangan jalan

Menuggu cabutan bertuah
Foto terbaik oleh
Taufieq Alauddin

Saifullah Abd wahab, guru SMKBT
berjaya dalam cabutan bertuah

Rabu, Mei 09, 2012

KAYUHAN 1MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN MOTORCROSS ANTARABANGSA.

ANJURAN BAHAGIAN PELANCUNGAN KEJORA DENGAN KERJASAMA JKKM BANDAR TENGGARA.

BORANG KAYUHAN 1MALAYSIA
(SERAH SEMASA PENDAFTARAN)


    Terbuka kepada lelaki dan perempuan, warganegara Malaysia. Sebarang jenis basikal boleh digunakan, sama ada mountainbike, fixie, chopper, roadbike, basikal jaguar dan lain-lain. 

Pendaftaran : 7.30 pagi
(hadapan Pejabat KEJORA)
Mula kayuhan: 8.30 pagi
Berakhir : Stadium Tenggara

"JOM KAYUH,
BADAN SIHAT , MINDA CERGAS,
NEGARA MAJU"

Isnin, Mei 07, 2012

KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL 2012

Anjuran : Kulaijaya Bicycle Club (KBC)

Kepada peminat-peminat berbasikal. Inilah masanya untuk anda bersama rakan-rakan dari merata tempat.
Tahniah kepada pihak penganjur.

Sila klik di bawah untuk mendaftar:

Selasa, Mac 27, 2012

RTM ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR KE STADIUM TENGGARA UNTUK RANCANGAN 321 MULA TAHUN (MUSIM BAHARU) 2012

11 Mac 2012: Stadium Tenggara, Bandar Tenggara


Pengambaran klinik sukan polo basikal di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Kulaijaya tempoh hari merupakan satu pengiktirafan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri, Kuala Lumpur kepada sukan ini di peringkat sekolah. Ini merupakan titik permulaan dalam penyebaran sukan polo basikal secara meluas di seluruh Malaysia.

Slot-slot penggambaran terbahagi kepada empat bahagian.  Pertama, alatan yang digunakan, kedua, asas permainan polo basikal, ketiga, personaliti pilihan dan yang akhir ialah temuramah guru sekolah dan temuramah presiden Persatuan polo Basikal Johor (PPBJ).

Isnin, Mac 12, 2012

PIALA PUSINGAN KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA MILIK SMKBT

Stadium Tenggara : 11 Mac 2012  (Ahad)

Dari kiri : Abdull Talib Daud, penyelia sukan,
 Penolong Pengarah Sukan JPNJ, Ja'afar Bohari, 
Pemain-pemain, Hakim, Anirul Hadi, Mohd Arif dan Nadzmi.

Gandingan mantap Mohammad Arif Mohd Ali, Muhd Khairul Nadzmi Sahlan, Amirul Hadi Ahmad dan Hakim Azman membuahkan hasil apabila mengalahkan kedua-dua pasukan  dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2  dengan 17 jaringan dan 11 berbalas 3 diperlawanan akhir dan seterusnya muncul menjadi juara dan membawa pulang piala pusingan YB Dato' Hj Baderi Hj Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PANTI.


Jumaat, Mac 09, 2012

KEJOHANAN POLO BASIKAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA KALI PERTAMA TAHUN 2012

BANDAR TENGGARA : 9 MAC 2012 (JUMAAT)

PIALA PUSINGAN KEJOHANAN
Oleh : YB Dato Hj Baderi bin Hj Dasuki
ADUN PANTI

Selasa, Januari 24, 2012

BENGKEL POLO BASIKAL KALI KE-2 ANJURAN PPDKULAI

Bengkel Polo Basikal Kali Ke-2 Anjuran PPD Kulaijaya akan diteruskan lagi tahun 2012. Masa dan tarikh akan diberitahu kemudian. Berita baik untuk murid yang berminat sila hubungi melalui pendaftaran online.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya