Promosi Sukan Baru

Rabu, Oktober 19, 2011

KELAB POLO BASIKAL SMKBT DI MAJALAH CYCLING MALAYSIA

Kulaijaya: 19 Oktober 2011

Cycling Malaysia 2011 Issue 10
Kulaijaya: 12 Jun 2011



Majalah Cycling Malaysia

Karnival Basikal Lasak 2011 yang dianjurkan oleh Kelab Basikal Kulaijaya berjaya menarik minat 700 peserta daripada seluruh Malaysia dan luar negara seperti Itali, England dan Scotland.

Pengerusi Kelab Basikal Kulaijaya, Rahman berkata penganjuran yang terbesar ini adalah buat kali pertama di daerah Kulaijaya. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Kulaijaya dan Pejabat Daerah Kulaijaya.

Pelancarannya dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj Kamaruzaman Ali (DUN Bukit Permai) dan Yang Dipertua MPKu Tuan Hj Rofikin Dato' Hj A. Shamsudin, P.I.S.

Pelbagai acara diadakan termasuklah pertandingan mtb downhill, pameran alat-alat sukan, pameran pelbagai agensi dan demonstrasi sukan Polo Basikal oleh Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.

Gambar yang diambil dari Majalah Cycling Malaysia
keluaran 10 Tahun 2011.

Seramai 12 orang pelajar SMK Bandar Tenggara dan 8 orang guru terlibat. Mereka ialah Ahmad Survi, Aidil Shamin Abd Razak, Khairulnizam Mohd Yusof, Ahmad Nazri Selamat, Anili Fasha Mahdi, Siti Hanizan Samsuri dan Rohaiza Muhd Zain.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya