Promosi Sukan Baru

Khamis, November 04, 2010

Pameran Rakan Muda Kecergasan


Pameran Rakan Muda Kecergasan di adakan di lobi Pusat Islam Iskandar Johor Bahru. SMK Bandar Tenggara telah memilih satu sukan di bawah Komponen Rekreasi Fizikal iaitu Sukan Polo Basikal.

Sukan ini adalah satu inovasi sukan berkuda. Di mana pemain menggunakan basikal dan mallet untuk memukul bola ke sasaran gol. Walau pun ianya baru di Malaysia. Namun sekolah ini telah mencipta sejarah apabila telah berjaya menubuhkan Kelab Polo Basikal pada tahun 2004.
Setelah beberapa orang guru bergiat dalam latihan bersama-sama pasukan Polo Basikal Syarikat Air Johor di padang Maktab Perguruan Batu Pahat.

Di situ kami berkenalan dengan Muhamad Ikhmal Hisham Rahim selaku pelopor sukan ini di Malaysia. Beliau telah banyak membimbing, menunjuk ajar tentang sukan baru ini.

Melalui pengalaman yang dilalui bersama rakan-rakan dari pelbagai daerah. Maka kami semakin faham dan memajukan sukan ini di sekolah sehingga sekarang.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya