Promosi Sukan Baru

Rabu, November 23, 2011

KAYUHAN PENGANTIN

Felda Inas: 19 November 2011

Team BTec ke Felda Inas, Kulaijaya
Dari kiri: Yusri, Aidil Shamin, Mohd Arif, Anili Hasziza (bakal pengantin), Ahmad Survi (GPK Kokurikulum),
Abd Razak Saat dan Khairulnizam Mohd Yusof (Ketua xpdc) 

Kayuhan sejauh 28 kilometer pergi dan balik ke Felda Inas, Kulaijaya membawa kenangan dan nostalgia kepada bakal pengantin baru, Annili Hasziza Haron. Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh Pak Haron dan keluarga. Turut hadir dalam mini XPDC pagi ini ialah rakan-rakan pengantin Siti Hanizan Samsuri, Anili Fasha Mahadi dan Ruhaiza Muhd Zain.

Rabu, Oktober 19, 2011

Ahad, Oktober 09, 2011

PPD PONTIAN - ANJURKAN BENGKEL POLO BASIKAL

Pontian:8 Oktober 2011
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Abd Rahim Lamin merasmikan Bengkel dan Latihan Polo Basikal di Sekolah Menengah Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian. Dalam ucapannya, beliau amat tertarik dengan kelahiran sukan baru ini yang berasaskan basikal. Katanya lagi, pihaknya akan memastikan bahawa sukan polo basikal ini dimasukkan dalam takwim sukan permainan di daerah Pontian pada tahun 2012.. Antara tujuan utama ialah untuk memberikan peluang kepada pelajar bergiat dalam sukan untuk kesejahteraan diri, kesihatan dan mengujudkan budaya sihat selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan.

Selasa, Ogos 30, 2011

Alfatihah kepada Arwah Shahrudin Masrom



Rakan kita, Almarhum Shahrudin Masrom telah kembali ke rahmatullah pada 22 Ogos 2011.
Berdiri no 2 dari kiri. Kenangan bersama ketika tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor.

Link ke Berita KOSMO:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm


Khamis, Julai 28, 2011

YB Dato' Haji Baderi Menutup Rasmi Bengkel dan Latihan Polo Basikal




Kulaijaya- Yang Berhormat Dato' Haji Baderi bin Haji Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cawangan PANTI, Kota Tinggi turun ke SMK Bandar Tenggara 2 untuk Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya. Turut mengiringi YB ialah Pengetua SMK Bandar Tenggara 2, Tuan Haji Shahrom bin Sukari, Pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani, Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Ustaz Abd Rahman Ismail.

Turut menyambut ketibaan YB ialah Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya, Mansor Othman, Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdull Talib Daud, Penyelia Kokurikulum, Johan Nasir, pengetua-pengetua, Guru-guru Kanan, guru-guru pengiring dan peserta bengkel.



Banting: SMK Sultan Alaudin, Bukit Besar.



Guru-guru pengiring teruja dengan sukan polo basikal.
Mereka juga turut mencuba sukan ini.





Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal
Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya

Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada 15 buah sekolah menengah
daerah Kulaijaya yang turut serta. YB Dato' diiringi oleh Mansor Othman, Penolong PPD Kulaijaya.

Keputusan Perlawanan Persahabatan:-


1. SSA (1) vs BT2 (1)

2. KS (3) vs BP (1)

3. STARP (0) vs BT (8)

4. SSI (0) vs SP (0)

5. S (2) vs KB (1)

6. SMKPK A (2) vs KK (1)

7. IP 1(2) vs KP (4)

8. SMPK B (1) vs SMA (1)
Sekolah yang mendapat gol terbanyak ialah SMK BANDAR TENGGARA dan SMK KANGKAR PULAI, dipertemukan dalam perlawanan persahabatan peringkat akhir, telah berlangsung pada jam 4.45 petang.

Keputusannya : SMKBT (7) vs SMK KP (0)

Maklumat lanjut sila hubungi : ahmadsurvi@gmail.com

Isnin, Julai 25, 2011

Perlawanan Persahabatan Antara Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya

Klik 2x pada gambar di atas

Kulaijaya - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya akan menganjurkan Bengkel dan Latihan Polo Basikal kepada murid-murid Tingkatan 4 atau 2, Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, kata Penolong PPD Kulaijaya, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman.

Bengkel tersebut akan diadakan di padang SMK Bandar Tenggara 2, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Majlis penutupan dan penyampaian sijil akan disempurnakan oleh Y.A.B dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), PANTI, Kota Tinggi.

JAWATANKUASA

1. MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN SIJIL: SMK SRI PINANG.
2. URUSETIA DAN KEPEGAWAIAN - SMK BANAR TENGGARA
3. SIARAYA DAN DOKUMENTASI - SMK SULTAN ALAUDIN, FELDA BUKIT BESAR.
4. MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA, VIP - SMK BANDAR TENGGARA 2

Ahad, Jun 26, 2011

Bengkel Pertama Sukan Polo Basikal Anjuran PPD Kulaijaya


Bergambar bersama Penolong PPD Kulaijaya dan Penyelia Sukan PPD Kulaijaya

Kulaijaya- Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman selaku penganjur bengkel sukan
polo basikal ditemui berkata," inovasi baru dalam sukan berbasikal ini mula diperkenalkan di daerah Kulaijaya. Ketika itu daerah Kulaijaya menjadi tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya merupakan sekolah pertama yang menjadi pelopor kepada sukan ini dan membuat persembahan dalam acara penutup MSSJ tahun 2005. Katanya lagi," masanya sudah tiba untuk sukan ini dikembangkan ke peringkat sekolah-sekolah negeri Johor, selaras dengan Pelaksanaan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)".

Tujuan utama penganjuran bengkel seperti ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor bagi memilih sukan kegemaran mereka bagi membantu mencapai matlamat menyemarakkan kegiatan sukan di sekolah.
Tambahnya lagi, sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor telah turut serta dalam Bengkel dan Latihan Polo Basikal di padang SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya sempena Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011.

Harapan beliau pada satu masa nanti sukan ini digemari oleh murid-murid sekolah dan menjadi satu alternatif kepada mereka untuk bergiat dengan cergas dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kejohanan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor perlu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan pelajar sekolah.



Pengerusi Teknik, Ahmad Survi berkata sukan ini baru di Malaysia. Ianya dipelopori oleh Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Muhammad Ikhmal Hisham Abd Rahim. Persatuan tersebut telah didaftarkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2008 dan bergiat aktif sehingga sekarang. Pasukan dari PPBJ yang mewakili Malaysia telah berjaya membawa pulang piala naib johan dalam Kejohanan Polo Basikal Peringkat Komanwel Kali Pertama, di Bhilai, India pada tahun 2009. Seramai dua orang guru dari daerah Kulaijaya ini telah mewakili pasukan tersebut.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam bengkel dan latihan polo tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Bandar
Tenggara 2, SMK Indahpura 1, SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura,
Kulaijaya, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, SMK Pasir Putih, Pasir
Gudang, SMK Johor Jaya 2, Johor Bahru dan SM Tinggi Batu Pahat. Seramai 40 peserta dan 15 guru terlibat.


Saiful Ikhmal Ahmad Jais, 15, dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian menjadi penjaring terbanyak dan sekolahnya berjaya mengalahkan SMK Pasir Putih, Pasir Gudang. Perlawanan itu kendalikan oleh dua orang pengadil iaitu Ahmad Survi dan pengadil kedua Aidil Shamin Abd Razak dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, Timbalan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Azman Mohd Shah, Naib PPBJ, Abdul Hadi Abas, Nazrim Abd Aziz Penolong Kanan Kokurikulum SMK Indahpura 1, Nor Azam Shuib, SMK Johor Jaya 2, Wan Bidah Wan Salleh dan Penolong Kanan Pentadbiran SMKBT 2,  Khairudin Mustapha.

Guru-guru penasihat yang terlibat sama adalah Matzalan Zaini (SMKIP), Rosidah Abdullah Sani (SDAHA), Mariam Md Nor (SDAHA), Jodi Ahmad
Mokhtar (SMKBT 2), Masrizal Naris (SMKTBP), Mohamad Hasrul Yusof
(SMKPPPG), Ahmad Nazri Selamat, Abd Razak Saat, Khairulnizam Mohd
Yusof, Idris Yaman, Anili Fasha Mahadi, Rohizah Mohd Zain, Zulkifli Jaafar, Norul Farha Mohd Nor (SMKBT) dan Eric Yeo Cheng Ann (SPPKVIP).

Selasa, April 12, 2011

Kulaijaya Extreme Cycling Canival- 12 Jun 2011

Kunjungi tapak pameran Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
Pautan ke Kelab Berbasikal Kulaijaya (kbc)

Aktiviti di khemah pameran Kelab Polo Basikal:-
1. Maklumat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
2. Maklumat penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
3. Maklumat Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ).
4. Sejarah ringkas perkembangan sukan Polo Basikal di Malaysia.
5. Mempamerkan basikal yng digunakan dalam permainan Polo Basikal.
6. Demo sukan Polo Basikal - padang dan "hard court".
7. Melihat tayangan video Polo Basikal - undang-undang.
8. Melihat tayangan video pertandingan peringkat antarabangsa.

Dan banyak lagi...jangan lupa datang ke khemah kami.
Kami sedia membantu anda dalam memperkenalkan sukan baru ini di sekolah anda, jabatan dan NGO.
 

Khamis, Januari 27, 2011

LATIHAN POLO BASIKAL DI GELANGGANG BERTURAP - HARDCOURT -

Latihan Polo Basikal kali ini diJjalankan di Gelanggang Serbaguna (Hardcourt). Pemain-pemain menerima tunjuk ajar daripada En Aidil Shamin bin Abd Razak, jurulatih sekolah.

Kelab Polo Basikal


Bukan bola tenis

Pemainan penuh ( 30 minit)

Mohd Alif Farhan bin Salim

Nurul Hidayah binti Rajuan



Khamis, Januari 06, 2011

LATIHAN PUSAT - 15 dan 16 Januari 2011

Latihan tetap diteruskan walau pun cuaca tidak menentu. Pasukan Polo Basikal Negara yang mantap, kuat dan berprestasi tinggi perlu dibentuk untuk menghadapi Kejohanan Polo basikal Peringkat Komanwel Kali Ke-2 di London, United Kingdom. Jangkaan kejohanan itu ialah pada November 2011.

Oleh itu setiap ahli lama dan baru perlulah memberikan komitmen yang tinggi. Perjuangan perlu diteruskan. Tingkatkan usaha, latihan yang konsisten, meningkatkan kemahiran dan komunikasi.

" Majulah Sukan Untuk Negara"

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya