Promosi Sukan Baru

Khamis, Oktober 31, 2013

SMK BANDAR TENGGARA JUARA BUAT KALI KEDUA KEJOHANAN POLO BASIKAL 2013

30 Oktober 2013: Gelanggang Permainan, SMK Bandar Tenggara

Skuad A, Polo Basikal SMK Bandar Tenggara
menjuarai dua tahun berturut-turut dalam  Kejohanan Polo Basikal, Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya Tahun 2013

Empat buah sekolah yang masuk pertandingan separuh akhir dan akhir, SMK Bandar Tenggara, SMK Indahpura 1, SMK Sultan Alauddin dan SMK Tunku Abdul Rahman P{utera.
SKUAD A, Pasukan Polo Basikal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara yang diketuai oleh Hakim Azman mempamerkan persembahan terbaik apabila mengalahkan SMK Indahpura 1 (9-0), SMK Sultan Ibrahim (7-0) dan SMPK Indahpura (3-0) untuk muncul johan kumpulan A. Manakala SMK Indahpura 1 pada kedudukan naib johan apabila mengalahkan SMK Sultan Ibrahim dengan 3 jaringan berbalas 1.

SMK Sultan Alauddin yang diketuai oleh Harris Fauzi Ahmad bermain cemerlang apabila berjaya mengalahkan pasukan-pasukan dari SMK Sri Pinang (1-0), SMK Bandar Tenggara – skuad B (3-1), SMK Bandar Tenggara 2 (3-0) dan seri dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera (2-2), mucul johan kumpulan B.

SMK Bandar Tenggara - skuad B seri dari segi mata tetapi menang jaringan dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera untuk menempatkan diri ke saingan suku akhir bersama SMK Indahpura, SMK Sultan Alauddin dan SMK Bandar Tenggara, skuad A.
Pada peringkat separuh akhir pertama, SMK Bandar Teggara, skuad A mengalahkan skuad B dengan jaringan 6 berbalas 1, kemudian pada saingan separuh akhir kedua, SMK Sultan Alaudin mengalahkan SMK Indahpura 1 dengan jaringan 5 berbalas 1


Pada perlawanan akhir, SMK Bandar Tenggara - skuad A mengalahkan SMK Sultan Alauddin dengan 5 jaringan tanpa balas sekali gus muncul juara buat kali kedua Kejohanan Polo Basikal Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya bagi Tahun 2013. Dua jaringan hasil daripada pukulan Hakim Azman, 2 lagi oleh Abdul Hadi Hamid dan 1 gol lagi dijaringkan oleh Farid Izzuddin Zulkefli. 
Mohd Razi, pengurus SMK Seri Pinang
Mohd Razi Rahmat, pengurus pasukan polo basikal SMK Seri Pinang ditemui berkata sukan ini mula mendapat sambutan daripada murid sekolah apabila ianya dimainkan di gelanggang berturap seumpama gelanggang futsal. Pihak sekolah hanya menyediakan tiga orang pemain dan pemain perlulah mempunyai kemahiran menunggang basikal dengan sebelah tangan sambil menggelecek dan seterusnya menjaringkan gol.

Di samping itu, kata beliau yang sungguh menarik ialah para pemain mestilah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), di mana jika kaki terpijak gelanggang secara sengaja atau tidak ianya dikira ‘dead’ atau mati. Untuk menghidupkan semula pemain tersebut ia perlulah mengetuk gong dengan pemukulnya dan permain itu dapat meneruskan permainan. 

Abdull Talib Daud, penyelia sukan daerah Kulaijaya memberitahu, Datin hjh Hasnah Md Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya (PPD) tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan Daerah Kulaijaya di Dewan Bandar Putera pada hari yang sama.

Turut hadir dalam kejohanan tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Baharudin Md Sham, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Tenggara 2, Tn Hj Mohd Soud Othman, Ahmad Survi selaku pengerusi teknik Kejohanan Polo Basikal Daerah Kulaijaya Tahun 2013, Mohd Anuar Hamza, SMK Sultan Alauddin; Syed Mohamad Hafiz Syed Hadzir, SMK Tunku Abdul Rahman Putera; Mohd Razi Rahmat, SMK Seri Pinang, Khairul Aimie Mohd Termizi, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara; Khairudin Mohd Tolkah, SMK Sultan Ibrahim; Abdul Rohim Rahman, SMK Bandar Tenggara 2; Matzalan Zaini, SMK Indahpura 1. Kejohanan kali ini diadili oleh pengadil dari Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ).iaitu Abdul Hadi Abas dan Khairudin Kamsan.


Tujuk buah sekolah menengah daerah Kulaijaya terlibat dalam kejohanan,
SMK BT, SMK SSI, SMK SSA,SMK IP1, SMK TARP, SMK BT 2, SMK SP

SMK Sultan Alaudin yang terdiri daripada Haris Fauzi Ahmad, Muhd Amirul Ammar Jumat, Muhammad Jauhari Ismail dan Muhammad Fakhurrozzi Ruzaidi  dan SMK Indahpura, Mohamad Fikri Mohd Faisal, Sagadran a/l Theron Nair dan Khairunnas Abu Bakar
Pemain Skuad A, SMK Bandar Tenggara yang terdiri daripada  Amirul Hadi Hamid, Farid Izzuddin Zulkefli, Hakim Azman dan Muhammad Harris Jefry Din. Manakala Skuad B terdiri daripada  Mohammad Fazreen Abd Hamid, Muhd Danial Asyraf Zulkifli dan Mohd Syaifudin Hisham.

SMK Bandar Tenggara Team A menentang SMK Indahpura 1
Pemain Indahpura 1 terdiri daripada Mohamad Fikri Akmal Mohd Faisal, Sagadran Nair a/l Theran Nair dan Khairunnas Abu Bakar.

SMK Bandar Tenggara Team B melawan SMK Sultan Ismail
Pemainpemain SMK Sultan Ibrahim terdiri daripada Mohammad Nasriq Idham Safain, Muhammad Suffi Iskandar, Muhd Afiq Faiz Zahrin dan Izzan Farhan Rashid.

SMK Sultan  Alauddin menentang SMK Tunku Abdul Rahman Putra

SMK Indahpura 1, Mazalan Zaini menerima sijil kejohanan
Menunjukkan permainan yang baik
Pengadil pertandingan, Hadi Abas dari Persatuan Polo Basikal Johor
Pengadil kedua, Khairuddin Kamsan, PPBJ



KUMPULAN A
SMK BANDAR TENGGARA (Team A) - BT1A
SMK INDAHPURA - IP
SMP VOKASIONAL INDAHPURA - VIP
SMK SULTAN IBRAHIM- SI

KUMPULAN B
SMK SERI PINANG -SP
SMK BANDAR TENGGARA (Team B) - BT1B
SMK SULTAN ALAUDDIN- SSA
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA - STARP
SMK BANDAR TENGGARA 2 - BT2

PERLAWANAN
Liga Kumpulan A
1. IP (0) vs BT1A (9)
2. VIP (0) vs SI (3)
3. BT1A (7) vs VIP(0)
4. SI (1)  vs VIP (0)
5. VIP (0) vs IP (3)
6. SI (0) vs BT1A (7)
Johan : BT1A
Naib Johan  : IP

PERLAWANAN
Liga Kumpulan B
1. SP (0) vs BT1B (5)
2. SA (2) vs STARP (2)
3. BT2 (0) vs SP(1)
4. BT1B (1)  vs SA (3)
5. STARP (1) vs BT2 (1)
6. SP (0) vs SA (1)
7. BT2(0) vs BT1B (4)
8. STARP (1) vs SP (0)
9. SA (3) vs BT2 (0)
10. BT1B (1) vs STARP (1)
Johan : SA
Naib Johan  : BT1B (
11 jaringan, kena 4)
                     : STARP ( 5 jaringan, kena 4)

Separuh Akhir
1. BT1A (6) vs BT1B (1)
2. SA (5( vs IP (1)

PERTANDINGAN AKHIR
1. BT1A ( 6) vs SA (1)

KEPUTUSAN KESELURUHAN
JOHAN : SMK BANDAR TENGGARA (Team A)
NAIB JOHAN : SMK SULTAN ALAUDDIN
KE-TIGA : SMK BANDAR TENGGARA (Team B)
                  : SMK INDAHPURA 1

NOSTALGIA KEJOHANAN

Mendapatkan alatan keselamatan
Peminat sukan baru
Penolong Pegawai
Jersi luar (dsediakan oleh penganjur)
Cikgu Aidil Shamin membuat penerangan kepada pengunjung

Pengadil daripada Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ)
Abd Hadi Abas


Penolong pegawai
Memakai shin guard, elbow guard, hands glove dan helmet
sebelum bertanding

Jumaat, Oktober 11, 2013

KEJOHANAN POLO BASIKAL (GELANGGANG), PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA KALI KE-2 TAHUN 2013

13 Oktober 2013 : Polo Basikal (Gelanggang) baru diperkenalkan di sekolah
Piala Pusingan Kejohanan Polo Basikal
oleh YB Dato' Haji Baderi  bin Hj Dasuki, ADUN PANTI, Kota Tinggi
Siaraya Ke Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya
TENTATIF PROGRAM KEJOHANAN
8.30 - 9.30 pagi - Pendaftaran Pasukan
9.30 pagi - Mesyuarat Pengurus Pasukan
                  Taklimat Pemain
11.00 pagi - Persembahan Polobike
11.30 pagi - Perlawanan Mula
12.30 tgh - Rehat/ Makan tengahari/ Solat
2.00 ptg - Perlawanan Disambung
3.30 ptg - Perlawanan Akhir
4.00 ptg - Majlis Penyampaian Hadiah
5.00 ptg - Bersurai


MUAT TURUN
1. KERTAS KONSEP KEJOHANAN
Lengkapkan maklumat dan fak kepada : 078964452
Untuk perhatian : En Ahmad Nazri bin Selamat
No.Tel SMK Bandar Tenggara : 07-8961037

MUAT TURUN
3. GELANGGANG POLO BASIKAL
4. LOKASI KEJOHANAN (google map)

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya