Promosi Sukan Baru

Isnin, November 29, 2010

LATIHAN PUSAT - PERSEDIAAN KE LONDON, UNITED KINGDOM 2011


Piala Naib Juara Kejohanan Polobasikal Peringkat Komanwel di India pada tahun 2009 - di menenagi oleh Malaysia. Piala ini akan dibawa ke London Tahun 2011 untuk pertandingan seterusnya. India menjadi Juara pada tahun 2009 - membawa pulang piala Juara.


Sesi latihan pusat telah pun bermula pada 19 dan 20 November 2010, di Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang, Masai, Johor Darul Takzim. Kepada pemain-pemain baru dialu-alukan untuk turut serta dalam latihan tersebut. Seramai dua orang guru SMK Bandar Tenggara terlibat iairu Ahmad Survi dan Aidil Shamin Abd Razak.

Latihan seterusnya pada bulan Disember 2010, minggu 2 dan 3, setiap hari Sabtu dan Ahad.
Tujuan latihan:-
1. Memantapkan pasukan polobasikal.
2. Memilih bakat dan pemain baru.
3. Persediaan untuk ke Kejohanan Polo Basikal komanwel kali ke-2 di London, United Kingdom.
4. Persediaan untuk lawatan persahabatan di Canada (jika cukup budget).
5. Persediaan untuk Kejohanan Polo Basikal Asia di India.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya