Promosi Sukan Baru

Isnin, Jun 25, 2012

PAMERAN DAN DEMO SUKAN POLO BASIKAL SEMPENA UTM MTB ECO GREEN CHALLENGE 2012

25 Jun 2012: Sukan Polo Basikal

Peminat Sukan Polo Basikal
Sempena UTM MTB Eco Green Challenge 2012
Melihat pameran dan demo sukan polo basikal lantas beberapa pengunjung wanita berminat untuk mencuba sukan baru ini. Mereka teruja dan mencuba menunggang basikal dan bermain dengan memegang mallet serta berkayuh mengejar bola. Kata mereka, "susah juga untuk mengendalikan basikal sambil membuat pukulan. Itu belum lagi menyerang dan menjaringkan gol". Suatu sukan yang menarik dan boleh dikembangkan bukan sahaja kepada peminat berbasikal lelaki malah kaum wanita.


Dr Bambang Sumintono, Fakulti Pendidikan UTM
berkunjung ke khemah pameran dan demonstrasi sukan polo basikal

Bergambar dengan Dr Bambang Sumintono (Ph.D-VUW
Pasukan Polo Basikal SMK Bandar Tenggara sempat dikunjungi oleh Dr Bambang Sumintono, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia sempena UTM Eco Green Challenge petang semalam. Beliau ditemui berkata, inilah kali pertama saya melihat sukan berbasikal yang unik. Menaiki basikal sambil memukul bola serta berusaha menjaringkan gol.
Pukulan "backward drive"

Demostrasi Sukan Polo Basikal
Klik baca lagi - untuk lihat foto hari tersebut.

Selasa, Jun 12, 2012

PEMAIN SUKAN POLO BASIKAL SEKOLAH BERAKSI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR










Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara buat julung-julung kalinya akan mengadakan pameran dan demonstrasi permainan sukan polo basikal di padang kawad Universiti Teknologi Malaysia pada 24 Jun 2012 (Ahad). Penghormatan yang diberikan oleh pihak penganjur ini menunjukkan bahawa sukan berasaskan basikal mendapat perhatian daripada peminat-peminat sukan rekreasi di negeri Johor lebih-lebih lagi ianya dianjurkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Antara matlamat utama pameran dan demonstrasi sukan polo basikal ini ialah untuk memberikan pendedahan  secara terus kepada pengunjung-pengunjung dan peminat sukan berbasikal. Walau pun pada asasnya sukan polo basikal ini dipertandingkan di padang berumput dengan ukuran seperti padang bola sepak, namun atas dasar pembelajaran ianya boleh juga diadakan di kawasan lapang sebesar ukuran padang futsal.

Kami menaruh harapan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi universiti pertama yang menganjurkan pertandingan polo basikal antara pusat-pusat pengajian tinggi, suatu masa nanti.

Perkembangan terbaru, sukan berbasikal ini terbahagi kepada dua iaitu Polo Basikal Gelanggang dan Polo Basikal Padang.

Polo Basikal Padang











Polo Basikal Gelanggang

Basikal mtb yang digunakan dalam
sukan  polo basikal gelanggang

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya