Promosi Sukan Baru

Ahad, Ogos 08, 2010

Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-4 di SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Khusus kepada pelajar PraUniversiti (Bawah) Tahun 2010.


Hujan diawal pagi tidak mematahkan semangat 15 orang pelajar PraUniversiti untuk turut serta dalam Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-4 di SMK Bandar Tenggara,Kulaijaya.
Pukulan "Out Side"

Pukulan "Inner Side"

Latihan teori dan praktikal bermula pada jam 2.30 sehingga 6.30 petang telah dikendalikan oleh Aidil Shamin bin Abd Razak sebagai jurulatih sekolah, dibantu oleh Ahmad Nazri bin Selamat dan 3 orang ahli Kelab Polo Basikal Sekolah.

Padang Sekolah tidak dapat digunakan disebabkan keadaan becak dan tidak sesuai digunakan untuk latihan. Gelanggang serbaguna sekolah menjadi pilihan. Pemain-pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Gagak Hitam dan Garang FC.
Pasukan Garang FC (PraUniversiti 2010)

Kupulan Gagak Hitam (PraUniversiti 2010)

Shahrin dari pasukan Garang FC telah mendahului jaringan pada minit ke 2.30 pada chukkar pertama. Garang FC terus mara dengan 4 jaringan lagi oleh pemain berbakat Mohamad Firdaus Jamaludin pada C2 3.33m, C3 1.02m, C4 4.25m & 6.50m. Namun begitu kekalahan 5 berbalas 2 tidak mematahkan semangat pasukan Gagak Hitam untuk berlatih lagi dengan bersungguh-sungguh kata, Abd Razak Abd Kadir selaku ketua pasukan Gagak Hitam.

Berikut adalah senarai nama pelajar PraUniversiti yang hadir pada hari berkenaan:-
1. Nurul syafira binti Yusof 6 PraU B (Baiduri).
2. Nur Izzali binti Zakaria 6 PraU B (Intan)
3. Susana binti Zakaria 6 PraU B (Intan)
4. Mohamad Azizan bin Karnadi 6 PraU B (Intan).
5. Nor Yazid bin Khalid 6 PraU B (Intan).
6. Mohd Syafiq bin Zainudin 6 PraU B (Intan).
7. Ili Sarah binti Suhadi 6 PraU B (Baiduri).
8. Mohamad Sharil bin Hamdan 6 PraU B (Intan).
9. Mohamad Firdaus bin Jamaludin 6 PraU B (Baiduri).
10. Abd Razak bin Kadir 6 PraU B (Intan).
11. Amirul Aris bin Sapinye 6 PraU B (Intan).
12. Nor Fadilah binti Yunos 6 PraU B (Intan).
13. Shafiqah binti Ishak 6 PraU B (Intan).

Dibantu oleh rakan-rakan Kelab Polo Basikal SMKBT1.
Guru - Ahmad Nazri bin Selamat sebagai penolong jurulatih.
1. Ahmad Nazreen bin Ahmad Othman 6 PraU A (Mutiara).
2. Muhd Khairul Nadzmi bin Sahlan 3 Delima
3. Mohd Alif Farhan bin Salim 3 Delima
4. Muhamad Aiman bin Mohd Saipi 3 Delima

Ahmad Survi selaku penyelaras program memberikan penerangan pada sesi permulaan iaitu mengenai keperluan dan alatan yang digunakan dalam polo basikal, teknik pukulan- outside, inner side, pukulan penalti 25m, 45m dan penalti spot dan beberapa perkara penting. Beliau juga mengingatkan kepada pemain-pemain bahawa faktor keselamatan juga perlu diambil kira, apabila bermain di padang simen (hard court) pemain mudah terjatuh dan boleh mengakibatkan kecederaan.

Program ini ditamatkan pad jam 6.30 petang.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya