Promosi Sukan Baru

Khamis, Disember 30, 2010

Panoramio’s TeamPanoramio's creators

Panoramio’s TeamPanoramio's creators are Joaquín Cuenca Abela and Eduardo Manchón Aguilar. They are friends since secondary school and we come from two small towns in the South East of Spain. Panoramio was acquired by Google on July 2007


http://www.panoramio.com/user/5373639

Kelab Polo Basikal: Selamat Tahun Baru - 2011

Kelab Polo Basikal: Selamat Tahun Baru - 2011: "' Selamat Tahun Baru ', ditujukan kepada semua ahli-ahli Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara. Semoga tahun baru ini banyak lagi program y..."

Selamat Tahun Baru - 2011

" Selamat Tahun Baru ", ditujukan kepada semua ahli-ahli Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara. Semoga tahun baru ini banyak lagi program yang akan berjalan. Pertamanya jemputan ke Majlis Perasmian Kelab Polo Basikal , SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian. Tarikh : Akhir Januari 2011.

Bersedialah dengan pasukan Polo Basikal sekolah yang mantap. Kerap membuat latihan di padang/ Stadium Kejora dan gelanggang serbaguna (hard court).

Selamat Maju Jaya.

Isnin, Disember 13, 2010

LATIHAN PUSAT - diteruskan pada 18 dan 19 Disember 2010

Latihan Pusat akan diteruskan lagi . Tarikh latihan baru ialah pada 18 dan 19 Disember 2010- Sabtu dan Ahad.
Pada minggu lepas, peserta dari SM Tinggi, Batu Pahat dan SR Masai, Pasir Gudang, dan 2 orang guru dari SM Dato' Ali HAji Ahmad, Pontian telah turut menjayakan Kursus dan Latihan Polo Basikal tersebut.
En Muhammad Ikhmal Hisham bin Abd Rahim, Presiden Polo Basikal Johor, Pn Aza Hamimah Abd Aziz, Setiausaha PPBJ dari Kuala Lumpur, pegawai-pegawai dan pemain-pemain Polo Basikal dari beberapa buah daerah telah hadir sama.

Melalui ucapan beliau, kehadiran peserta perlu dipertingkatkan. Tujuan utama latihan ialah untuk memantapkan pasukan Polo Basikal yang sedia ada dan menggilap peserta-peserta baru yang berminat. Usaha ini adalah untuk menghantar pasukan negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa. Penyertaan pemain-pemain baru yang berpotensi amat dialu-alukan.

Jumaat, Disember 03, 2010

Latihan Pusat - 11-12 Disember 2010. Terbuka kepada guru/ jabatan kerajaan.

Kursus dan Latihan Polo Basikal akan diadakan di Padang Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang Masai, Pasir Gudang. Kepada peminat-peminat sukan polo basikal sama ada guru-guru / kakitangan jabatan kerajaan dan bukan kerajaan dijemput untuk turut serta.

MATLAMAT
Merupakan salah satu program latihan pembangunan bakat dan kemahiran bermain Polo Basikal serta menjadi jurulatih bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam memperkembangakan sukan baru ini ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ).

TUJUAN
Tujuan kursus ialah untuk memberikan pendedahan kepada guru/ kakitangan awam/ pelajar IPTA yang berminat dan mengembangkannya di sekolah-sekolah/ jabatan/ IPTA.

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan tahap kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Melengkapkan kemahiran individu menjadi seorang pengerak sukan baru dan jurulatih di peringkat sekolah atau jabatan kerajaan dan NGO.
3. Membangkitkan semangat kesukanan dan berusaha untuk mempopularkan sukan ini di peringkat sekolah, daerah dan negeri dan kebangsaan.
4. Membangkitkan semangat setia kawan, bekerjasama dan bermuafakat.
5. Mengujudkan budaya sihat melalui sukan berbasikal.
6. Merapatkan lagi hubungan siratulrahim yang sedia ada di kalangan guru, pensyarah, murid serta pelajar dari sekolah, daerah yang berlainan dengan Persatuan Polo Basikal Johor, & JPNJ.
7. Menyokong usaha PPBJ di peringkat antarabangsa.

PENDAFTARAN MELALUI SMS:
1. Pendaftaran melalui SMS : Nama, No K/P, Alamat Jabatan/Sekolah, No. Tel, No Fax pejabat, No H/P individu/ peserta. Dan hantar kepada : Ahmad Survi (013-7780699) atau Mahidah binti Kosnan, SM Dato Ali Haji Ahmad, Pontian (017-7663367).

MAKLUMAT PENTING KURSUS:




KEPERLUAN PESERTA KURSUS

JADUAL KURSUS DAN LATIHAN POLO BASIKAL
11 DAN 12 DISEMBER 2010

Kembangkan sukan ini di negeri Johor. Selamat maju jaya.
Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya