Promosi Sukan Baru

Isnin, Mac 12, 2012

PIALA PUSINGAN KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA MILIK SMKBT

Stadium Tenggara : 11 Mac 2012  (Ahad)

Dari kiri : Abdull Talib Daud, penyelia sukan,
 Penolong Pengarah Sukan JPNJ, Ja'afar Bohari, 
Pemain-pemain, Hakim, Anirul Hadi, Mohd Arif dan Nadzmi.

Gandingan mantap Mohammad Arif Mohd Ali, Muhd Khairul Nadzmi Sahlan, Amirul Hadi Ahmad dan Hakim Azman membuahkan hasil apabila mengalahkan kedua-dua pasukan  dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2  dengan 17 jaringan dan 11 berbalas 3 diperlawanan akhir dan seterusnya muncul menjadi juara dan membawa pulang piala pusingan YB Dato' Hj Baderi Hj Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PANTI.



Manakala SMK Bandar Tenggara 2 menumpaskan SMK Sultan Alauddin dan SMK Indahpura dengan  7 jaringan tanpa balas dan 7 berbalas 3 pada perlawan pertama. Kalah pada pertandingan akhir sekali gus  mendapat tempat kedua. SMK Sri Pinang dan SMK Indahpura menduduki tempat ketiga dan keempat.

Mohammad Arif Mohd Ali dari SMK Bandar Tenggara telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan tahun ini  dan mendapat sorakan gemuruh dari penonton kerana kelincahan, ketepatan hantaran, kepantasan serta kejayaannya menjaringkan 11 gol sepanjang perlawanan hari ini.

 Penolong Pengarah Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Ja'afar Bohari memberikan keyakinan sukan baru ini akan mendapat tempat bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah malah para belia di Institusi Tinggi Awaw (IPTA) dan swasta, katanya dalam ucapan perasmian penutup petang ini. Sukan baru ini memenuhi ciri-ciri 1 Murid 1 Sukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), tambahnya.

Dalam kejohanan polo basikal peringkat sekolah menengah buat julung-julung kalinya diadakan di Kulaijaya, telah dipersetujui oleh 16 buah sekolah menengah dalam mesyuarat yang lepas menggunakan kaedah yang unik dalam penentuan kedudukan setiap pasukan. Menang dan jaringan gol terbanyak menempatkan pasukan ditangga teratas dan bertemu di peringkat akhir. Setiap satu perlawanan mengambil masa 30 minit penuh.  

 Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah wakil rasmi PPD Kulaijaya , Abdull Talib Daud (Penyelia Sukan Daerah), Penolong Pengurus Besar Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Mohd Fakharur Razziy Hasran, Presiden Polo Basikal Johor  (PPBJ), Ikhmal Hisham Abd Rahim, Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Hj Mohmad bin Hashim, Pengetua SMK Sri Pinang, Tn Hj Aminuudin Mohd Sani  dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib.


SMKBT  2 - NAIB JUARA


Mohamad Arif Mohd Ali, pemain terbaik 2012


SENAI  (0) VS SRI PINANG (4)

SSA  ( 0) VS BT2 (7)

KULAI BESAR (0) VS  INDAHPURA (3)


BT (17) VS BT2 (0)



BT B (3) VS STARP (0)

BT (13) VS BT2 (3) pada pertandingan akhir.


Senarai nama pasukan yang bertanding:-
1. SMK BANDAR TENGGARA (A)
    Pengurus pasukan : Aidil Shamin Abd Razak
    Pemain: Amirul Hadi Hamid, Muhd Khairul Nadzmi Sahlan, HAkim Azman dan Mohammad Arif Mohd  
    Ali.

2. SMK BANDAR TENGGARA (B)
    Pengurus: Ahmad NAzri Selamat
    Pemain: Muhammad Hakim Abd Rahmad, Muhammad Hafez M.Ramlee, Mohammad Azran Mohd
    Baharudin dan Muhamad Ali Azhar.

3. SMK BANDAR TENGGARA 2 (A)
    Pengurus pasukan: Jodi Ahmad Mokhtar
    Pemain: Mohamad Ruzaini Sazali, Ahmad Azfar Ismail, Muhammad Faiz M Sapie dan Hafizuddin Abu
    Bakar.

4. SMK BANDAR TENGGARA 2 (B)
    Pengurus pasukan : Khairuddin Mustafa
    Pemain : Saiful Syahir Mohamad Sopah, Mohammad Sufi Zulkafli, Mohammed Khidhir Anuar, Iqmal Alif
    Maamat Saleh

5. SMK SENAI
    Pengurus : Mohd Ikhwan
    Pemain: KAiril Reezwan Mohd Khairul, Muhd Amirul Hamidi, M.Farid Firdaus Mohd Fauzi dan
    M.Nazrul Raizlan Riduwan.

6. SMK KULAI BESAR
    Pengurus: Muslim Ismail dan jurulatih : Anas Akmal Azlan.
    Pemain : Abdurrahman Syah Ismail, Muhammad Fikri Amiruddin, Muhamad Adden Zailee dan  Mohammad Firdaus Mohamad Suria.

7. SMK INDAHPURA (1)
   Pengurus : Noor Azam Shuib, Jurulatih : Matzalan Zaini
   Pemain: Muhammad Asyraaf Tijan, Mohamad Ikhmal Zainal Arifin, Mohamad Hanif Chahya Jebat,  Ahmad Harrith Huzair Mohtar.

8. SMK SULTAN ALAUDDIN
   Pengurus : Azrul Nizam, Jurulatih : Nurul Huda
   Pemain : Mohd Amirul Ammar Jumat, Muhammad Fakhrurozzi Ruzaidi, Mohamad Faiz Zamani Johar dan   Haris Fauzi Ahmad.

9. SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
    Pengurus : Ahmad Suhady Abd Rahim.
    Pemain: Muhd Faisal Firdaus, Mohd Fazli Ahmad, Azri Mohd dan Norizhara Nordin.

10. SMK SRI PINANG
     Pengurus : Ustaz Abdul Rahman Ismail, jurulatih : Mohd Razi Rahmat
     Pemain: Mohamad Parul Ezam Mohamad Ameran, Mohamad Redha Ilahi, Mohd Amirul Firdaus dan     Muhammad Iylia Adli Hussin.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya