Promosi Sukan Baru

Sabtu, Julai 31, 2010

Popularkan Polo Basikal


Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ali Haji Ahmad, Rosidah Abdullah Sani berhasrat mengetegahkan sukan polo basikal di sekolah sekitar daerah Pontian- Oleh Togi Marzuki.


Dua orang jurulatih Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara telah dijemput oleh Tuan Haji Zini bin Abd Fatah, Pengetua SMK Dato' Ali Haji Ahmad untuk melatih pelajar-pelajarnya pada hari Ahad, 1 Ogos 2010 bermula jam 9.00 pagi.

Khamis, Julai 29, 2010

Surat Khabar Perdana

Sejarah Penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya

Berita Harian 18 Oktober 2004

Sejarah bermula pada tahun 2004: Apabila Yang Berhormat Dato' Adham bin Baba, Setiausaha Perlimen Tenggara datang ke Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Tenggara melihat pameran dan pertunjukan Sukan Polo Basikal kepada pelajar-pelajar sekolah dan ibu bapa.

Pameran itu diadakan sempena Hari Diskusi Ibu Bapa Guru di Dewan Sekolah. Encik Azman bin Adnan merupakan Guru Penolong Kanan Akademik pada masa itu.

Turut hadir bersama-sama YB dato' ialah Tuan Haji Zakaria bin Md Nor, Pengetua Sekolah, Tuan Haji Markom bin Giran, PPD Kulai dan Tuan Haji Baharudin bin Mohd Sham, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bandar Tenggara..

Berita Harian 22 Oktober 2004


Metro : 30 Oktober 2004
Latihan yang dijalankan di padang awam Lembaga Bandaran Johor Tenggara (KEJORA).
Cikgu Ahmad bersama pasukan polo sekolah.


Utusan Malaysia : 26-27 Julai 2008 - Kembara Mahkota Johor
Pasukan Polo Basikal SMK Bandar Tenggara, mengadakan Pameran Polo Basikal di SK Endau, Mersing.



Kosmo: 21 Disember 2009
Pasukan Malaysia berjaya menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Pertama Polobasikal Peringkat Komanwel di Bhilai, Chhattisgart India. 2 orang guru SMK Bandar Tenggara terlibat.


Berita Harian. Edisi Johor 28 Julai 2010


Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya dan SMK Datuk Ali Hj Ahmad, Pontian, SMK Pasir Putih, Pasir Gudang,Johor Bahru.
Turut serta dalam perlawanan itu ialah Penyelia Pusat Kokurikulum, Garok, Kelantan.Bertugas sebagai urusetia pertandingan.

Rabu, Julai 28, 2010

Berita Harian Edisi Johor

GURU GALAK PELAJAR SERTAI POLO BERBASIKAL


Keratan suratkhabar Berita Harian, Edisi Johor m/s 2 pada 28 Julai 2010 oleh Togi Marzuki.

Isnin, Julai 26, 2010

JAMBORI BERBASIKAL - Anjuran: Maharani Cycling Club


Kepada peminat-peminat berbasikal. Pada 8 Ogos 2010 (Ahad), MCC (Maharani Cycling Club - Muar) akan menganjurkan Jambori Berbasikal sejauh 50 km. Jenis basikal : MTB sahaja. Bayaran RM 40.00 (termasuk makan & minum) serta cenderahati (baju T) dan no plat basikal.

Terbuka kepada Lelaki dan Wanita. Sesiapa yang berminat boleh terus kepada penganjur. Atau secara berkumpulan dari group BTec Bandar Tenggara.

Sertakan nama, no.k/p dan saiz baju, kepada 013-7780699.
Hadiah disediakan:-
Mengikut Kategori Lelaki dan Perempuan.

1. Tempat Pertama : RM 1,000.00
2. Kedua : RM 800.00
3. Ketiga : RM 600.00
4. Keempat : RM 400.00
5. Kelima : RM 200.00
6. Ke-6 hingga ke-10 : RM 50.00

LOKASI JAMBORI MCC (MAHARANI CYCLING CLUB)

Ahad, Julai 25, 2010

XPDC DeLINJoLa - KEJORA


Ekspedisi Berbasikal DeLINJola anjuran KEJORA (Kemajuan Johor Tenggara) merupakan satu aktiviti yang bermakna buat kami semua yang menyertainya. Seramai 20 orang peserta terlibat. Mereka dari Kelab-kelab Bandar Penawar, BTec (Bandar Tenggara), Pasir Gudang, Gelang Patah dan Gagak Hitam Felda Tebrau,Johor.

Mohd Fakhrurazy, dalam ucapannya, "Expedisi Berbasikal DeLINJoLa ini merupakan satu produk pelancongan di bawah Agensi Pelancongan KEJORA". Beliau menambah, Peserta-peserta diuji dengan kekuatan fizikal dan mental, menikmati keindahan semulajadi, merentasi sungai dengan menaiki bot, ke Kg. Belungkor, melihat keindahan pantai dari Kompleks Kastam, Tg Buai, melawati serta beramah mesra dengan ketua kampung Kg. Linting dan menikmati juadah produk tempatan di Kg. Johor Lama seperti buah-buahan dan lauk siput sedut dan belangkas Goreng Sambal.
XPDC bermula

Peserta XPDC

Rehat dan sesi fotografi

Ke Jeti Tg Belungkor

Ke Tg Buai

Pak Shahrudin (Putrajaya) turut menikmati suasana indah alam Flora dan Fauna di sekitar Tg Belungkor sambil menaiki bot.
Pak Ali (Penawar)

Rehat di Jeti Tg Buai

Sesi Fotografi
Port Tg Buai

Menikmati Juadah Makan Tengahari di Kg Johor Lama


Expedisi Tamat Di Kg. Johor Lama

Kembali ke Desaru, Kota Tinggi
dengan menaiki bas setelah penat berhayuh sejauh 60 kilometer.

Isnin, Julai 19, 2010

Malaysia Mencipta Sejarah




Kejohanan Polo Basikal "Piala Serumpun Malaysia-Indonesia" telah berakhir hari ini, 17 Julai 2010,jam 5.45 petang Waktu Indonesia Barat (WIB). Kejohanan itu diadakan di Stadion Olah Raga Badang Perkasa, Karimun, Indonesia.

Pasukan Malaysia BLUE (MB) telah berjaya membuat 28 jaringan berbalas 7 dalam dua pertandingan. Malaysia RED (MR) memperolehi 20 jaringan berbalas 8 dalam dua pertandingan lain. Sebanyak empat pasukan telah mengambil bahagian.

Pasukan Malaysia BLUE (MB) diketuai oleh Abdul Hadi b. Abas muncul menjadi Juara yang telah berlangsung selama 5 jam dalam ke-empat perlawanan tersebut.Pasukan itu terdiri daripada Abdul Hadi b. Abas, Mohd Fazli b. Senin, Mohamad Samsul Fuad b. Jaini dan Hazizul Hafifi b. A.Wahid. Manakala Malaysia RED (MR) terdiri daripada Ismail b. Manan, Aidil Shamin b. Abd Razak (SMK Bandar Tenggara), Mohd Razi b. Yunus (Johor Bahru)dan Mohd Nazrim b. Abd Aziz (JB).

Pasukan Polo Bike Karimun Cycling Club (A) terdiri daripada Mohamad Isa (ketua), Galih Aditya, Mohamad Irwan, Gisit Riono dan R Suryono. Manaka pasukan PBKCC (B) telah diketuai oleh Tri Supriandi, Saneeas Lahyo, R. Hayatul Fikri, Mazlan dan Panesstu Wiyosa.

Muhammad Ikmal Hisham b. Abdul Rahim sebagai referee dari Kuala Lumpur manakala Tn Hj Mohd Azman b. Mohd Sam (Johor Bahru) dan Ahmad b. Survi (Kulaijaya) telah menjadi Umpire 1 dan 2, Rosidah bte Abdullah Sani (Pontian)dan Hayati bte Ab Halim (Kelantan)adalah scorer (pencatat pertandingan). Zolkeple b. Jemadar (Bandar Tenggara) sebagai Timekeeper (penjaga masa), Mohd Noor b. Abd Rahim (Pulau Pinang) dan Mohamad Faizal . Ahmad (JB)selaku goal judge (juri gawang). Penjaga garisan ialah Pak Agus (Indonesia) dan Ahmad Nazri b. Selamat dari Malaysia.

Selasa, Julai 13, 2010

Undang-undang Permainan





Undang-undang Polo Basikal (BM)ini telah disusun dan ditaip semula oleh Cikgu Ahmad.
Asal penterjemahan dilakukan oleh Panitia Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Khairuddin b. Mustafa dan Cikgu Sarizah bte Sorkan.

Matlamat:
Memperkembangkan Sukan Polo Basikal ke peringkat sekolah-sekolah menengah, di daerah Kulaijaya dan Negeri Johor.

Objektif:
1. Menjadi satu alternatif kepada pelajar untuk memilih sukan-sukan baru.
2. Menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa "Satu Pelajar Satu Sukan".
2. Memberi maklumat dari segi sejarah Sukan Polo Basikal.
3. Mendedahkan kepada pelajar peralatan yang digunakan.
4. Mendedahkan kepegawaian dan tugas-tugas khas.

Undang-undang dalam (BM) ini ditujukan khas kepada peminat-peminat sukan, pelajar-pelajar, pemain-pemain, dan pegawai-pegawai pertandingan.

Sedang dikemaskinikan. Harap maklum.
Anda juga boleh klik tajuk-tajuk di bahagian tepi sebelah kiri blogspot yang sedia ada..

Khamis, Julai 08, 2010

Pencapaian Guru SMK Bandar Tenggara bersama Persatuan Polo Basikal Johor

Dua orang guru dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor telah menyertai Kejohanan Sukan Polo Basikal Komanwel yang berlangsung di Chattisgarh, India pada 16-21 Disember 2009. Menewaskan Sri Lanka 2-0, Maldives (13-0), Nepal (12-0), India Green (9-8). Muncul sebagai Naib Juara. Guru-guru berkenaan ialah Encik Ahmad bin Survi dan Encik Aidil Shamin bin Abd Razak.

Pengurus Pasukan Malaysia:-
1. Mohd Ikhmal Hisham b. Rahim
2. Norhazamimah bte Abd Aziz

Jurulatih/ Umpire :-
1. Tuan Haji Azman b. Mohd Sham
2. Ahmad b. Survi

Pemain-pemain Malaysia Red.
1. Manan bin Ismail
2. Mohd Shamsul Fuad b. Jaini
3. Anuar b. Hamid
4. Aidil Shamin b. Abd Razak
5.  Fazli b. Senin
6. Ahmad Zakri b. Osman


Pemain-pemain Malaysia Blue.
1. Abdul Hadi b. Abas
2. Mohd Nazrim b. Abd Aziz
3. Shaharudin b. Masron
4. Mohd Razi b. Yunus
5. Razali b. Basarudin

Pegawai-pegawai:-
1. Hairudin b. Kamsan - Logistik
2. Arshad - Technican
3. Mohd Fakharur Razzy b. Hazran - Perhubungan


Sila layari surat khabar Kosmo di bawah:-
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

Ahad, Julai 04, 2010

Piala Serumpun Kepulauan Riau dan Antarabangsa


Pertandingan Polo Basikal merebut "Piala Serumpun Kepulauan Riau" di Stadion Olahraga Badang, Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.

Tarikh: 16 hingga 18 Julai 2010.
Kepada semua peminat-peminat Polo Basikal, dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan itu dan memperkembangkan lagi Variasi Sukan Berkuda di peringkat Asia Tenggara.

Info terkini:
Kejohanan Polo Basikal Antarabagsa akan diadakan di Genting Highland, Malaysia pada Disember 2010. Terbuka kepada semua Persatuan, Kelab-kelab Polo Basikal di Negeri-negeri, Sekolah-sekolah Menengah di Malaysia dan antarabangsa.

Kelab-kelab Polo Basikal Antarabangsa yang dijangka akan turut serta ialah Malaysia, India, Indonesia, Kepulauan Meldive, Nepal,Sri Lanka, United Kingdom, Ireland, Perancis, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya