
Sembang-sembang dengan peserta bengkel:-
Muhammad Harith, murid SDAHA tiga dari kiri, katanya terima kasih kepada jurulatih, kerana telah menunjuk ajar cara bermain polo basikal, menarik, semua golongan berpeluang, termasuk murid perempuan, kosnya juga murah, saya ada basikal sendiri dah boleh main polo basikal di sekolah atau di kampung bersama rakan-rakan.

Mohd Hasif Asmunit, Mohd Shafiq Shahmi, Nur Najihah dan Nur Syarifah dari SMK Dato'Penggawa Barat, turut serta dalam perbengkelan itu.

Latihan praktikal dijalankan di kawasan tempat letak kereta. Hujan lebat awal pagi, menyebabkan padang sekolah tidak dapat digunakan.


