Inovasi Sukan Berbasikal telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Daerah Kulaijaya, Johor ini pada tahun 2004. Pendaftaran Baru 2014 oleh pengetua sekolah, Tuan Hj Armas Derusman. Sekolah ini terletak di kawasan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Johor. Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Kulai ialah sejauh 40 km dan 70km dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Johor, Malaysia. Telefon:+607-8961037 Fax:+607-8964452 e-mail:ahmadsurvi@gmail.com
Promosi Sukan Baru
Rabu, Oktober 19, 2011
Ahad, Oktober 09, 2011
PPD PONTIAN - ANJURKAN BENGKEL POLO BASIKAL
Pontian:8 Oktober 2011
Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Abd Rahim Lamin merasmikan Bengkel dan Latihan Polo Basikal di Sekolah Menengah Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian. Dalam ucapannya, beliau amat tertarik dengan kelahiran sukan baru ini yang berasaskan basikal. Katanya lagi, pihaknya akan memastikan bahawa sukan polo basikal ini dimasukkan dalam takwim sukan permainan di daerah Pontian pada tahun 2012.. Antara tujuan utama ialah untuk memberikan peluang kepada pelajar bergiat dalam sukan untuk kesejahteraan diri, kesihatan dan mengujudkan budaya sihat selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan.
Selasa, Ogos 30, 2011
Khamis, Julai 28, 2011
YB Dato' Haji Baderi Menutup Rasmi Bengkel dan Latihan Polo Basikal
Kulaijaya- Yang Berhormat Dato' Haji Baderi bin Haji Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cawangan PANTI, Kota Tinggi turun ke SMK Bandar Tenggara 2 untuk Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya. Turut mengiringi YB ialah Pengetua SMK Bandar Tenggara 2, Tuan Haji Shahrom bin Sukari, Pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani, Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Ustaz Abd Rahman Ismail.
Turut menyambut ketibaan YB ialah Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya, Mansor Othman, Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdull Talib Daud, Penyelia Kokurikulum, Johan Nasir, pengetua-pengetua, Guru-guru Kanan, guru-guru pengiring dan peserta bengkel.

Guru-guru pengiring teruja dengan sukan polo basikal.
Mereka juga turut mencuba sukan ini.
Mereka juga turut mencuba sukan ini.

Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal
Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan kepada 15 buah sekolah menengah
daerah Kulaijaya yang turut serta. YB Dato' diiringi oleh Mansor Othman, Penolong PPD Kulaijaya.
Keputusan Perlawanan Persahabatan:-
1. SSA (1) vs BT2 (1)
3. STARP (0) vs BT (8)
4. SSI (0) vs SP (0)
5. S (2) vs KB (1)
6. SMKPK A (2) vs KK (1)
7. IP 1(2) vs KP (4)
8. SMPK B (1) vs SMA (1)
Sekolah yang mendapat gol terbanyak ialah SMK BANDAR TENGGARA dan SMK KANGKAR PULAI, dipertemukan dalam perlawanan persahabatan peringkat akhir, telah berlangsung pada jam 4.45 petang.
Keputusannya : SMKBT (7) vs SMK KP (0)
Maklumat lanjut sila hubungi : ahmadsurvi@gmail.com
Isnin, Julai 25, 2011
Perlawanan Persahabatan Antara Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya
Klik 2x pada gambar di atas
Kulaijaya - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya akan menganjurkan Bengkel dan Latihan Polo Basikal kepada murid-murid Tingkatan 4 atau 2, Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, kata Penolong PPD Kulaijaya, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman.
Bengkel tersebut akan diadakan di padang SMK Bandar Tenggara 2, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Majlis penutupan dan penyampaian sijil akan disempurnakan oleh Y.A.B dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), PANTI, Kota Tinggi.
JAWATANKUASA
1. MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN SIJIL: SMK SRI PINANG.
2. URUSETIA DAN KEPEGAWAIAN - SMK BANAR TENGGARA
3. SIARAYA DAN DOKUMENTASI - SMK SULTAN ALAUDIN, FELDA BUKIT BESAR.
4. MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA, VIP - SMK BANDAR TENGGARA 2
Ahad, Jun 26, 2011
Bengkel Pertama Sukan Polo Basikal Anjuran PPD Kulaijaya
Bergambar bersama Penolong PPD Kulaijaya dan Penyelia Sukan PPD Kulaijaya
polo basikal ditemui berkata," inovasi baru dalam sukan berbasikal ini mula diperkenalkan di daerah Kulaijaya. Ketika itu daerah Kulaijaya menjadi tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya merupakan sekolah pertama yang menjadi pelopor kepada sukan ini dan membuat persembahan dalam acara penutup MSSJ tahun 2005. Katanya lagi," masanya sudah tiba untuk sukan ini dikembangkan ke peringkat sekolah-sekolah negeri Johor, selaras dengan Pelaksanaan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)".
Tujuan utama penganjuran bengkel seperti ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor bagi memilih sukan kegemaran mereka bagi membantu mencapai matlamat menyemarakkan kegiatan sukan di sekolah.
Tambahnya lagi, sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor telah turut serta dalam Bengkel dan Latihan Polo Basikal di padang SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya sempena Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011.
Harapan beliau pada satu masa nanti sukan ini digemari oleh murid-murid sekolah dan menjadi satu alternatif kepada mereka untuk bergiat dengan cergas dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kejohanan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor perlu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan pelajar sekolah.
Pengerusi Teknik, Ahmad Survi berkata sukan ini baru di Malaysia. Ianya dipelopori oleh Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Muhammad Ikhmal Hisham Abd Rahim. Persatuan tersebut telah didaftarkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2008 dan bergiat aktif sehingga sekarang. Pasukan dari PPBJ yang mewakili Malaysia telah berjaya membawa pulang piala naib johan dalam Kejohanan Polo Basikal Peringkat Komanwel Kali Pertama, di Bhilai, India pada tahun 2009. Seramai dua orang guru dari daerah Kulaijaya ini telah mewakili pasukan tersebut.
Sekolah-sekolah yang terlibat dalam bengkel dan latihan polo tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Bandar
Tenggara 2, SMK Indahpura 1, SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura,
Kulaijaya, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, SMK Pasir Putih, Pasir
Gudang, SMK Johor Jaya 2, Johor Bahru dan SM Tinggi Batu Pahat. Seramai 40 peserta dan 15 guru terlibat.
Saiful Ikhmal Ahmad Jais, 15, dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian menjadi penjaring terbanyak dan sekolahnya berjaya mengalahkan SMK Pasir Putih, Pasir Gudang. Perlawanan itu kendalikan oleh dua orang pengadil iaitu Ahmad Survi dan pengadil kedua Aidil Shamin Abd Razak dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, Timbalan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Azman Mohd Shah, Naib PPBJ, Abdul Hadi Abas, Nazrim Abd Aziz Penolong Kanan Kokurikulum SMK Indahpura 1, Nor Azam Shuib, SMK Johor Jaya 2, Wan Bidah Wan Salleh dan Penolong Kanan Pentadbiran SMKBT 2, Khairudin Mustapha.
Guru-guru penasihat yang terlibat sama adalah Matzalan Zaini (SMKIP), Rosidah Abdullah Sani (SDAHA), Mariam Md Nor (SDAHA), Jodi Ahmad
Mokhtar (SMKBT 2), Masrizal Naris (SMKTBP), Mohamad Hasrul Yusof
(SMKPPPG), Ahmad Nazri Selamat, Abd Razak Saat, Khairulnizam Mohd
Yusof, Idris Yaman, Anili Fasha Mahadi, Rohizah Mohd Zain, Zulkifli Jaafar, Norul Farha Mohd Nor (SMKBT) dan Eric Yeo Cheng Ann (SPPKVIP).
Jumaat, Jun 17, 2011
Selasa, April 12, 2011
Kulaijaya Extreme Cycling Canival- 12 Jun 2011

Kunjungi tapak pameran Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
Pautan ke Kelab Berbasikal Kulaijaya (kbc)
Pautan ke Kelab Berbasikal Kulaijaya (kbc)
Aktiviti di khemah pameran Kelab Polo Basikal:-
1. Maklumat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
2. Maklumat penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
3. Maklumat Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ).
4. Sejarah ringkas perkembangan sukan Polo Basikal di Malaysia.
5. Mempamerkan basikal yng digunakan dalam permainan Polo Basikal.
6. Demo sukan Polo Basikal - padang dan "hard court".
7. Melihat tayangan video Polo Basikal - undang-undang.
8. Melihat tayangan video pertandingan peringkat antarabangsa.
Dan banyak lagi...jangan lupa datang ke khemah kami.
Kami sedia membantu anda dalam memperkenalkan sukan baru ini di sekolah anda, jabatan dan NGO.
Khamis, Januari 27, 2011
LATIHAN POLO BASIKAL DI GELANGGANG BERTURAP - HARDCOURT -
Latihan Polo Basikal kali ini diJjalankan di Gelanggang Serbaguna (Hardcourt). Pemain-pemain menerima tunjuk ajar daripada En Aidil Shamin bin Abd Razak, jurulatih sekolah.
Kelab Polo Basikal
Bukan bola tenis
Pemainan penuh ( 30 minit)
Mohd Alif Farhan bin Salim
Nurul Hidayah binti Rajuan
Khamis, Januari 06, 2011
LATIHAN PUSAT - 15 dan 16 Januari 2011
Latihan tetap diteruskan walau pun cuaca tidak menentu. Pasukan Polo Basikal Negara yang mantap, kuat dan berprestasi tinggi perlu dibentuk untuk menghadapi Kejohanan Polo basikal Peringkat Komanwel Kali Ke-2 di London, United Kingdom. Jangkaan kejohanan itu ialah pada November 2011.
Oleh itu setiap ahli lama dan baru perlulah memberikan komitmen yang tinggi. Perjuangan perlu diteruskan. Tingkatkan usaha, latihan yang konsisten, meningkatkan kemahiran dan komunikasi.
" Majulah Sukan Untuk Negara"

Khamis, Disember 30, 2010
Panoramio’s TeamPanoramio's creators
Panoramio’s TeamPanoramio's creators are JoaquÃn Cuenca Abela and Eduardo Manchón Aguilar. They are friends since secondary school and we come from two small towns in the South East of Spain. Panoramio was acquired by Google on July 2007
http://www.panoramio.com/user/5373639
http://www.panoramio.com/user/5373639
Kelab Polo Basikal: Selamat Tahun Baru - 2011
Kelab Polo Basikal: Selamat Tahun Baru - 2011: "' Selamat Tahun Baru ', ditujukan kepada semua ahli-ahli Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara. Semoga tahun baru ini banyak lagi program y..."
Selamat Tahun Baru - 2011
" Selamat Tahun Baru ", ditujukan kepada semua ahli-ahli Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara. Semoga tahun baru ini banyak lagi program yang akan berjalan. Pertamanya jemputan ke Majlis Perasmian Kelab Polo Basikal , SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian. Tarikh : Akhir Januari 2011.
Bersedialah dengan pasukan Polo Basikal sekolah yang mantap. Kerap membuat latihan di padang/ Stadium Kejora dan gelanggang serbaguna (hard court).
Selamat Maju Jaya.
Bersedialah dengan pasukan Polo Basikal sekolah yang mantap. Kerap membuat latihan di padang/ Stadium Kejora dan gelanggang serbaguna (hard court).
Selamat Maju Jaya.
Isnin, Disember 13, 2010
LATIHAN PUSAT - diteruskan pada 18 dan 19 Disember 2010
Latihan Pusat akan diteruskan lagi . Tarikh latihan baru ialah pada 18 dan 19 Disember 2010- Sabtu dan Ahad.
Pada minggu lepas, peserta dari SM Tinggi, Batu Pahat dan SR Masai, Pasir Gudang, dan 2 orang guru dari SM Dato' Ali HAji Ahmad, Pontian telah turut menjayakan Kursus dan Latihan Polo Basikal tersebut.
En Muhammad Ikhmal Hisham bin Abd Rahim, Presiden Polo Basikal Johor, Pn Aza Hamimah Abd Aziz, Setiausaha PPBJ dari Kuala Lumpur, pegawai-pegawai dan pemain-pemain Polo Basikal dari beberapa buah daerah telah hadir sama.
Melalui ucapan beliau, kehadiran peserta perlu dipertingkatkan. Tujuan utama latihan ialah untuk memantapkan pasukan Polo Basikal yang sedia ada dan menggilap peserta-peserta baru yang berminat. Usaha ini adalah untuk menghantar pasukan negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa. Penyertaan pemain-pemain baru yang berpotensi amat dialu-alukan.

Jumaat, Disember 03, 2010
Latihan Pusat - 11-12 Disember 2010. Terbuka kepada guru/ jabatan kerajaan.
Kursus dan Latihan Polo Basikal akan diadakan di Padang Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang Masai, Pasir Gudang. Kepada peminat-peminat sukan polo basikal sama ada guru-guru / kakitangan jabatan kerajaan dan bukan kerajaan dijemput untuk turut serta.
MATLAMAT
Merupakan salah satu program latihan pembangunan bakat dan kemahiran bermain Polo Basikal serta menjadi jurulatih bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam memperkembangakan sukan baru ini ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ).
TUJUAN
Tujuan kursus ialah untuk memberikan pendedahan kepada guru/ kakitangan awam/ pelajar IPTA yang berminat dan mengembangkannya di sekolah-sekolah/ jabatan/ IPTA.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan tahap kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Melengkapkan kemahiran individu menjadi seorang pengerak sukan baru dan jurulatih di peringkat sekolah atau jabatan kerajaan dan NGO.
3. Membangkitkan semangat kesukanan dan berusaha untuk mempopularkan sukan ini di peringkat sekolah, daerah dan negeri dan kebangsaan.
4. Membangkitkan semangat setia kawan, bekerjasama dan bermuafakat.
5. Mengujudkan budaya sihat melalui sukan berbasikal.
6. Merapatkan lagi hubungan siratulrahim yang sedia ada di kalangan guru, pensyarah, murid serta pelajar dari sekolah, daerah yang berlainan dengan Persatuan Polo Basikal Johor, & JPNJ.
7. Menyokong usaha PPBJ di peringkat antarabangsa.
PENDAFTARAN MELALUI SMS:
1. Pendaftaran melalui SMS : Nama, No K/P, Alamat Jabatan/Sekolah, No. Tel, No Fax pejabat, No H/P individu/ peserta. Dan hantar kepada : Ahmad Survi (013-7780699) atau Mahidah binti Kosnan, SM Dato Ali Haji Ahmad, Pontian (017-7663367).

MAKLUMAT PENTING KURSUS:
KEPERLUAN PESERTA KURSUS
JADUAL KURSUS DAN LATIHAN POLO BASIKAL
11 DAN 12 DISEMBER 2010
Kembangkan sukan ini di negeri Johor. Selamat maju jaya.
Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Isnin, November 29, 2010
LATIHAN PUSAT - PERSEDIAAN KE LONDON, UNITED KINGDOM 2011

Piala Naib Juara Kejohanan Polobasikal Peringkat Komanwel di India pada tahun 2009 - di menenagi oleh Malaysia. Piala ini akan dibawa ke London Tahun 2011 untuk pertandingan seterusnya. India menjadi Juara pada tahun 2009 - membawa pulang piala Juara.
Sesi latihan pusat telah pun bermula pada 19 dan 20 November 2010, di Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang, Masai, Johor Darul Takzim. Kepada pemain-pemain baru dialu-alukan untuk turut serta dalam latihan tersebut. Seramai dua orang guru SMK Bandar Tenggara terlibat iairu Ahmad Survi dan Aidil Shamin Abd Razak.
Latihan seterusnya pada bulan Disember 2010, minggu 2 dan 3, setiap hari Sabtu dan Ahad.
Tujuan latihan:-
1. Memantapkan pasukan polobasikal.
2. Memilih bakat dan pemain baru.
3. Persediaan untuk ke Kejohanan Polo Basikal komanwel kali ke-2 di London, United Kingdom.
4. Persediaan untuk lawatan persahabatan di Canada (jika cukup budget).
5. Persediaan untuk Kejohanan Polo Basikal Asia di India.
Khamis, November 04, 2010
Pameran Rakan Muda Kecergasan

Pameran Rakan Muda Kecergasan di adakan di lobi Pusat Islam Iskandar Johor Bahru. SMK Bandar Tenggara telah memilih satu sukan di bawah Komponen Rekreasi Fizikal iaitu Sukan Polo Basikal.
Sukan ini adalah satu inovasi sukan berkuda. Di mana pemain menggunakan basikal dan mallet untuk memukul bola ke sasaran gol. Walau pun ianya baru di Malaysia. Namun sekolah ini telah mencipta sejarah apabila telah berjaya menubuhkan Kelab Polo Basikal pada tahun 2004.
Setelah beberapa orang guru bergiat dalam latihan bersama-sama pasukan Polo Basikal Syarikat Air Johor di padang Maktab Perguruan Batu Pahat.
Di situ kami berkenalan dengan Muhamad Ikhmal Hisham Rahim selaku pelopor sukan ini di Malaysia. Beliau telah banyak membimbing, menunjuk ajar tentang sukan baru ini.
Melalui pengalaman yang dilalui bersama rakan-rakan dari pelbagai daerah. Maka kami semakin faham dan memajukan sukan ini di sekolah sehingga sekarang.
Jumaat, Oktober 29, 2010
Pameran Rakan Muda Kecergasan
SMK Bandar Tenggara telah mendapat jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor untuk mengadakan pameran pada 30 Oktober 2010 di Pusat Islam Johor Bahru. Program tersebut adalah berkaitan dengan Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah (ARPRM) peringkat Negeri Johor.
Jawatankuasa pameran yang diketuai oleh En Ahmad Nazri bin Selamat (Penyelaras Sukan Permainan) akan berada di tapak pameran pada jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Turut terlibat menjadi jawatankuasa pameran ialah En Abd Razak bin Saat (Pengerusi Kelab Polo Basikal), En Aidil Shamin bin Abd Razak (Jurulatih), Cik Siti Nurhaliza binti Samsuri dan Cik Rohaiza binti Othman.
Seramai 8 pelajar ahli kelab turut sama bertugas pada hari berkenaan yang diketuai oleh Ahmad Nazreen (Pengerusi Kelab).

Selasa, Oktober 19, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Kerjasama yang erat di kalangan guru-guru dan murid-murid SMK Dato Ali Haji Ahmad telah menjayakan lagi Bengkel & Latihan Polo Basikal...
-
ARTIKEL SATU PERATUAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN) BAGI KELAB POLO BASIKAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TENGGARA. 1....
-
30 Oktober 2013: Gelanggang Permainan, SMK Bandar Tenggara Skuad A, Polo Basikal SMK Bandar Tenggara menjuarai dua tahun berturut-turu...
-
Sembang-sembang dengan peserta bengkel:- Muhammad Harith, murid SDAHA tiga dari kiri, katanya terima kasih kepada jurulatih, kerana telah me...
-
Perancangan awal Sukan Polo Basikal untuk ke Kelantan adalah hasil usahasama Pusat Kokurikulum Kelantan dengan Persatuan Polo Basikal Johor,...
-
Stadium Tenggara : 11 Mac 2012 (Ahad) Dari kiri : Abdull Talib Daud, penyelia sukan, Penolong Pengarah Sukan JPNJ, Ja'afar B...
-
Kulaijaya: 19 Oktober 2011 Cycling Malaysia 2011 Issue 10 Kulaijaya: 12 Jun 2011
-
Sejarah Penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya Berita Harian 18 Oktober 2004 Sejarah bermula pada tahun 2004: Apabila ...
-
6 Sept 2014 : Dewan Terbuka Bandar Baru Uda, Johor Bahru Dari kiri, Iwan, Azhar dan Zizi dalam sesi latihan Rhino tiada dalam gambar P...
-
Hujan diawal pagi tidak mematahkan semangat 15 orang pelajar PraUniversiti untuk turut serta dalam Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri K...