Sedang dikemaskini...
Inovasi Sukan Berbasikal telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Daerah Kulaijaya, Johor ini pada tahun 2004. Pendaftaran Baru 2014 oleh pengetua sekolah, Tuan Hj Armas Derusman. Sekolah ini terletak di kawasan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Johor. Jarak dari Pejabat Pelajaran Daerah Kulai ialah sejauh 40 km dan 70km dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Johor, Malaysia. Telefon:+607-8961037 Fax:+607-8964452 e-mail:ahmadsurvi@gmail.com
Promosi Sukan Baru
Khamis, April 30, 2015
Isnin, September 08, 2014
LATIHAN POLOBIKE DI BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU - LEMBARAN BARU SUKAN POLO BASIKAL GELANGGANG
6 Sept 2014 : Dewan Terbuka Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ) yang diterajui oleh Encik Ikhmal Hisham bin Rahim selaku Presiden bermula tahun 2004 diteruskan lagi dengan satu lagi kategori sukan berbasikal iaitu polo basikal gelanggang (polobike).
![]() |
| Dari kiri, Iwan, Azhar dan Zizi dalam sesi latihan Rhino tiada dalam gambar |
En. Azhar (Ah Chong) ditemui berkata, sekembalinya dari Kejohanan Polobike di Sydney, Australia beliau mengatakan bahawa sukan ini sangat digemari di sana. Sehinggakan terdapat gelanggang yang khas dibina, malah persatuan polobike Sydney mengeluarkan mallet dan bola yang khas untuk bermain polo basikal. Beliau menegaskan pada Kejohanan King of Desaru, yang akan berlangsung pada 8-9 November 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Udara dan Air, Desaru membawa satu lembaran baru kepada sukan ini.
Manakala Zizi, pemain polobike negara juga bersetuju dengan rakannya bahawa usaha pihak persatuan perlu dipertingkatkan. Beliau berterima kasih kerana dapat menggunakan dewan terbuka yang dibuat secara usahasama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk sesi latihan seterusnya. Ukuran 40 meter (120') X 20 meter (60') sesuai untuk latihan dan pertandingan.
Manakala Zizi, pemain polobike negara juga bersetuju dengan rakannya bahawa usaha pihak persatuan perlu dipertingkatkan. Beliau berterima kasih kerana dapat menggunakan dewan terbuka yang dibuat secara usahasama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk sesi latihan seterusnya. Ukuran 40 meter (120') X 20 meter (60') sesuai untuk latihan dan pertandingan.
Sesi latihan polobike di Bandar Baru Uda,
Johor Bahru
Ahad, Ogos 31, 2014
LATIHAN POLO BASIKAL UNTUK MENGHADAPI KEJOHANAN ANTARABANGSA 2014
30 Ogos 2014 : SESI LATIHANUNTUK MENGHADAPI SUKAN POLO BASIKAL ANTARABANGSA
Sesi latihan sukan polo basikal
di gelanggang serbaguna SMK Bandar Tenggara
Manakala murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara pula berbasikal dengan kaedah yang berlainan iaitu dengan Sukan Polo Basikal (POLOBIKE) yang diubahsuai daripada Sukan Polo Kuda (HORSE POLO). Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih sekolah iaitu En Aidil Shamin bin Abd Razak dan En. Ahmad bin Survi.
![]() |
| Latihan - menguasai bola dan kesiembangan badan |
![]() |
| Team A dsan B |
Khamis, Oktober 31, 2013
SMK BANDAR TENGGARA JUARA BUAT KALI KEDUA KEJOHANAN POLO BASIKAL 2013
30 Oktober 2013: Gelanggang Permainan, SMK Bandar Tenggara
Abdull Talib Daud, penyelia sukan daerah Kulaijaya memberitahu, Datin hjh Hasnah Md Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya (PPD) tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan Daerah Kulaijaya di Dewan Bandar Putera pada hari yang sama.
![]() |
| Skuad A, Polo Basikal SMK Bandar Tenggara menjuarai dua tahun berturut-turut dalam Kejohanan Polo Basikal, Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya Tahun 2013 |
![]() |
| Empat buah sekolah yang masuk pertandingan separuh akhir dan akhir, SMK Bandar Tenggara, SMK Indahpura 1, SMK Sultan Alauddin dan SMK Tunku Abdul Rahman P{utera. |
SKUAD A, Pasukan Polo Basikal Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara yang diketuai oleh Hakim Azman mempamerkan
persembahan terbaik apabila mengalahkan SMK Indahpura 1 (9-0), SMK Sultan
Ibrahim (7-0) dan SMPK Indahpura (3-0) untuk muncul johan kumpulan A. Manakala
SMK Indahpura 1 pada kedudukan naib johan apabila mengalahkan SMK Sultan
Ibrahim dengan 3 jaringan berbalas 1.
SMK Sultan Alauddin yang diketuai oleh Harris
Fauzi Ahmad bermain cemerlang apabila berjaya mengalahkan pasukan-pasukan dari
SMK Sri Pinang (1-0), SMK Bandar Tenggara – skuad B (3-1), SMK Bandar Tenggara
2 (3-0) dan seri dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera (2-2), mucul johan
kumpulan B.
SMK Bandar Tenggara - skuad B seri dari segi
mata tetapi menang jaringan dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera untuk
menempatkan diri ke saingan suku akhir bersama SMK Indahpura, SMK Sultan
Alauddin dan SMK Bandar Tenggara, skuad A.
Pada peringkat separuh
akhir pertama, SMK Bandar Teggara, skuad A mengalahkan skuad B dengan jaringan
6 berbalas 1, kemudian pada saingan separuh akhir kedua, SMK Sultan Alaudin
mengalahkan SMK Indahpura 1 dengan jaringan 5 berbalas 1
Pada perlawanan akhir, SMK Bandar Tenggara - skuad A mengalahkan
SMK Sultan Alauddin dengan 5 jaringan tanpa balas sekali gus muncul juara buat
kali kedua Kejohanan Polo Basikal Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya
bagi Tahun 2013. Dua jaringan hasil daripada pukulan Hakim Azman, 2 lagi oleh
Abdul Hadi Hamid dan 1 gol lagi dijaringkan oleh Farid Izzuddin Zulkefli.
![]() |
| Mohd Razi, pengurus SMK Seri Pinang |
Mohd Razi Rahmat, pengurus pasukan polo basikal SMK Seri Pinang
ditemui berkata sukan ini mula mendapat sambutan daripada murid sekolah apabila
ianya dimainkan di gelanggang berturap seumpama gelanggang futsal. Pihak
sekolah hanya menyediakan tiga orang pemain dan pemain perlulah mempunyai
kemahiran menunggang basikal dengan sebelah tangan sambil menggelecek dan
seterusnya menjaringkan gol.
Di samping itu, kata beliau yang sungguh menarik ialah para pemain
mestilah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persatuan Polo
Basikal Johor (PPBJ), di mana jika kaki terpijak gelanggang secara sengaja atau
tidak ianya dikira ‘dead’ atau mati. Untuk menghidupkan semula pemain tersebut ia
perlulah mengetuk gong dengan pemukulnya dan permain itu dapat meneruskan
permainan.
Abdull Talib Daud, penyelia sukan daerah Kulaijaya memberitahu, Datin hjh Hasnah Md Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya (PPD) tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan Daerah Kulaijaya di Dewan Bandar Putera pada hari yang sama.
Turut hadir dalam kejohanan tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Baharudin Md Sham, Penolong Kanan
Kokurikulum SMK Bandar Tenggara 2, Tn Hj Mohd Soud Othman, Ahmad Survi selaku pengerusi teknik Kejohanan Polo Basikal Daerah
Kulaijaya Tahun 2013, Mohd Anuar Hamza, SMK Sultan Alauddin; Syed Mohamad Hafiz
Syed Hadzir, SMK Tunku Abdul Rahman Putera; Mohd Razi Rahmat, SMK Seri Pinang,
Khairul Aimie Mohd Termizi, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara; Khairudin Mohd
Tolkah, SMK Sultan Ibrahim; Abdul Rohim Rahman, SMK Bandar Tenggara 2; Matzalan
Zaini, SMK Indahpura 1. Kejohanan kali ini diadili oleh pengadil dari Persatuan
Polo Basikal Johor (PPBJ).iaitu Abdul Hadi Abas dan Khairudin Kamsan.
![]() |
| Tujuk buah sekolah menengah daerah Kulaijaya terlibat dalam kejohanan, SMK BT, SMK SSI, SMK SSA,SMK IP1, SMK TARP, SMK BT 2, SMK SP |
![]() |
| SMK Bandar Tenggara Team A menentang SMK Indahpura 1 Pemain Indahpura 1 terdiri daripada Mohamad Fikri Akmal Mohd Faisal, Sagadran Nair a/l Theran Nair dan Khairunnas Abu Bakar. |
![]() |
| SMK Sultan Alauddin menentang SMK Tunku Abdul Rahman Putra |
![]() |
| SMK Indahpura 1, Mazalan Zaini menerima sijil kejohanan |
![]() |
| Menunjukkan permainan yang baik |
![]() |
| Pengadil pertandingan, Hadi Abas dari Persatuan Polo Basikal Johor |
![]() |
| Pengadil kedua, Khairuddin Kamsan, PPBJ |
KUMPULAN A
SMK BANDAR TENGGARA (Team A) - BT1A
SMK INDAHPURA - IP
SMP VOKASIONAL INDAHPURA - VIP
SMK SULTAN IBRAHIM- SI
KUMPULAN B
SMK SERI PINANG -SP
SMK BANDAR TENGGARA (Team B) - BT1B
SMK SULTAN ALAUDDIN- SSA
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA - STARP
SMK BANDAR TENGGARA 2 - BT2
PERLAWANAN
Liga Kumpulan A
1. IP (0) vs BT1A (9)
2. VIP (0) vs SI (3)
3. BT1A (7) vs VIP(0)
4. SI (1) vs VIP (0)
5. VIP (0) vs IP (3)
6. SI (0) vs BT1A (7)
Johan : BT1A
Naib Johan : IP
Naib Johan : IP
PERLAWANAN
Liga Kumpulan B
1. SP (0) vs BT1B (5)
2. SA (2) vs STARP (2)
3. BT2 (0) vs SP(1)
4. BT1B (1) vs SA (3)
5. STARP (1) vs BT2 (1)
6. SP (0) vs SA (1)
7. BT2(0) vs BT1B (4)
8. STARP (1) vs SP (0)
9. SA (3) vs BT2 (0)
10. BT1B (1) vs STARP (1)
Johan : SA
Naib Johan : BT1B ( 11 jaringan, kena 4)
Naib Johan : BT1B ( 11 jaringan, kena 4)
: STARP ( 5 jaringan, kena 4)
Separuh Akhir
1. BT1A (6) vs BT1B (1)
1. BT1A (6) vs BT1B (1)
2. SA (5( vs IP (1)
PERTANDINGAN AKHIR
1. BT1A ( 6) vs SA (1)
1. BT1A ( 6) vs SA (1)
KEPUTUSAN KESELURUHAN
JOHAN : SMK BANDAR TENGGARA (Team A)
NAIB JOHAN : SMK SULTAN ALAUDDIN
KE-TIGA : SMK BANDAR TENGGARA (Team B)
: SMK INDAHPURA 1
NOSTALGIA KEJOHANAN
![]() |
| Mendapatkan alatan keselamatan |
![]() |
| Peminat sukan baru |
![]() |
| Penolong Pegawai |
![]() |
| Memakai shin guard, elbow guard, hands glove dan helmet sebelum bertanding |
Jumaat, Oktober 11, 2013
KEJOHANAN POLO BASIKAL (GELANGGANG), PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA KALI KE-2 TAHUN 2013
13 Oktober 2013 : Polo Basikal (Gelanggang) baru diperkenalkan di sekolah
TENTATIF PROGRAM KEJOHANAN
8.30 - 9.30 pagi - Pendaftaran Pasukan
9.30 pagi - Mesyuarat Pengurus Pasukan
Taklimat Pemain
11.00 pagi - Persembahan Polobike
11.30 pagi - Perlawanan Mula
12.30 tgh - Rehat/ Makan tengahari/ Solat
2.00 ptg - Perlawanan Disambung
3.30 ptg - Perlawanan Akhir
4.00 ptg - Majlis Penyampaian Hadiah
5.00 ptg - Bersurai
MUAT TURUN
1. KERTAS KONSEP KEJOHANAN
Rujukan : Kejohanan Polo Basikal Kali Pertama Tahun 2012, Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di Stadium Tenggara, KEJORA.
Pelan ke gelanggang permainan, SMK Bandar Tenggara (google map)
![]() |
| Piala Pusingan Kejohanan Polo Basikal oleh YB Dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki, ADUN PANTI, Kota Tinggi |
![]() |
| Siaraya Ke Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya |
8.30 - 9.30 pagi - Pendaftaran Pasukan
9.30 pagi - Mesyuarat Pengurus Pasukan
Taklimat Pemain
11.00 pagi - Persembahan Polobike
11.30 pagi - Perlawanan Mula
12.30 tgh - Rehat/ Makan tengahari/ Solat
2.00 ptg - Perlawanan Disambung
3.30 ptg - Perlawanan Akhir
4.00 ptg - Majlis Penyampaian Hadiah
5.00 ptg - Bersurai
MUAT TURUN
1. KERTAS KONSEP KEJOHANAN
Lengkapkan maklumat dan fak kepada : 078964452
Untuk perhatian : En Ahmad Nazri bin Selamat
No.Tel SMK Bandar Tenggara : 07-8961037
MUAT TURUN
3. GELANGGANG POLO BASIKAL
4. LOKASI KEJOHANAN (google map)
Untuk perhatian : En Ahmad Nazri bin Selamat
No.Tel SMK Bandar Tenggara : 07-8961037
MUAT TURUN
3. GELANGGANG POLO BASIKAL
4. LOKASI KEJOHANAN (google map)
Rujukan : Kejohanan Polo Basikal Kali Pertama Tahun 2012, Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di Stadium Tenggara, KEJORA.
Pelan ke gelanggang permainan, SMK Bandar Tenggara (google map)
![]() |
| Perjalanan dari Jabatan Pelajaran Johor (JPN) |
Rabu, September 11, 2013
PERSIAPAN UNTUK KEJOHANAN POLOBIKE PERINGKAT SEKOLAH -SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA 2013
11 September 2013 : Latihan Polobike (Setiap Khamis, 3.00 -5.00 petang)
Kelab Polo Basikal Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara (SMKBT) akan memulakan latihan pada setiap hari Khamis bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang, bertempat di Gelanggang Serbaguna SMKBT. Peminat-peminat sukan ini dikehendaki hadir ke sekolah dengan membawa basikal masing-masing untuk menjalani sesi latihan asas polobike.
![]() |
| Basikal MTB untuk permainan Polobike |
Seseorang pemain memerlukan sebuah basikal sama ada Mountainbike (MTB) atau basikal fiksi (fixie bike) dan sebuah pemukul (mallet). Peralatan lain disediakan oleh pihak sekolah. Program Pembangunan Sukan Baru telah diperkenalkan oleh Ahmad Survi, pengerusi Kelab Polo BAsikal Sekolah dan JK Persatuan Polo Basikal Johor.
Melalui program-program di peringkat antarabangsa Piala Serumpun Malaysia-Indonesia telah pun diadakan di Pulau Karimun, Indonesia tempoh hari.
Sila klik di bawah untuk tontonan sukan polobike:
PIALA SERUMPUN MALAYSIA-INDONESIA
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:-
1. Kejohanan Futsal Rakan Muda Lima5
2. Mendaki Tembok Tiruan Anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Rakan Muda)
![]() |
| Basikal fixie |
![]() |
| Mallet dan bola |
Sila klik di bawah untuk tontonan sukan polobike:
PIALA SERUMPUN MALAYSIA-INDONESIA
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:-
1. Kejohanan Futsal Rakan Muda Lima5
2. Mendaki Tembok Tiruan Anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Rakan Muda)
Khamis, Mei 16, 2013
PIALA SERUMPUN POLO BIKE KARIMUN VERSUS MALAYSIA
PULAU KARIMUN:
Diterima daripada Pak John Abrison, Ketua Kelab Berbasikal Karimun
Link ke TV Indonesia menerusi YouTube
Diterima daripada Pak John Abrison, Ketua Kelab Berbasikal Karimun
Link ke TV Indonesia menerusi YouTube
Rabu, Mei 08, 2013
KEJOHANAN POLO BASIKAL JOHOR 2013
![]() |
| Sijil Penyertaan Pertandingan |
Seorang guru SMK Bandar Tenggara, Aidil Shamin Abd Razak telah menyertai pertandingan Polo Basikal Gelanggang pada 1 hingga 3 Februari 2013 yang lepas. Beliau merupakan jurulatih pasukan polo basikal sekolah.
Perbezaan Polo Basikal Padang dengan Polo Basikal Gelanggang.
Polo Basikal Padang
1. Memerlukan padang seluas : 100 meter x 80 meter.
2. Memerlukan 4 orang pemain dan 4 pemain simpanan.
3. Memerlukan 3 orang umpire.
4. Memerlukan pegawai-pegawai seperti:-
4.1 Goal Judge - 2 orang.
4.2 Lines Men - 2 orang
4.3 Pegawai skor.
4.4 Pegawai penjaga masa dan loceng.
5. Dua buah ting gol setinggi 2.5 meter.
6. Memerlukan bendera berlainan warna pada jarak 15 m, 25m, 45 m, dan garis tengah.
Polo Basikal Gelanggang
1. Memerlukan padang seluas padang futsal.
2. Memerlukan 3 orang pemain dan 2 pemain simpanan.
3. Memerlukan 1 orang umpire.
4. Memerlukan pegawai-pegawai seperti:-
4.1 Pegawai pencatat skor.
5. Dua buah ting gol setinggi 6 kaki x 3 kaki tinggi.
5. Dua buah ting gol setinggi 6 kaki x 3 kaki tinggi.
6. Memerlukan penghadang sekeliling gelanggang permainan.
KEJOHANAN POLOBIKE DI BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI
KEJOHANAN POLOBIKE DI BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI
Khamis, Oktober 04, 2012
KEJOHANAN POLO BASIKAL GELANGGANG JOHOR 2012
Kejohanan Polo Basikal Gelanggang Johor 2012 anjuran Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ). DUA KATEGORI
TERBUKA - Lelaki Senior
Terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap pasukan terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain. Basikal dan malet tidak disediakan (sendiri). Bayaran penyertaan untuk satu pasukan ialah RM 50.00
Terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap pasukan terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain. Basikal dan malet tidak disediakan (sendiri). Bayaran penyertaan untuk satu pasukan ialah RM 50.00
TERBUKA - Lelaki Junior (bawah 18 tahun).
Terbuka kepada sekolah-sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Basikal dan malet tidak disediakan (sendiri). Bayaran penyertaan untuk satu pasukan ialah RM 30.00
Tarikh :
23 November 2012 : Klinik Polo Basikal Gelanggang
24 dan 25 November 2012 : Kejohanan Polo Basikal Gelanggang Johor 2012.
Lokasi:
Kompleks Sukan Pagoh, Muar, Johor
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penganjur/Urusetia:
ABDUL HADI (019-7793119), IKHMAL HISHAM (0197763366), AZMAN MD TAF ( 0137201717), SUBREE (0133302386)Khamis, September 20, 2012
Ahad, September 09, 2012
PEMBENTANGAN PROGRAM LATIHAN 8 MINGGU
![]() |
| Pensyarah dari United State Sports Academic Mr. Antorny Castelon
For the pilot program, the Academy’s faculty developed a 10-course diploma program to teach in Malaysia, which was approved by the Malaysian Qualifications Authority (MQA), a national accrediting body.
Initially, six Academy educators are teaching in Malaysia. They will be joined in July and November by 14 other instructors to help deliver the program.
If you are interested in teaching opportunities overseas in Malaysia or elsewhere with the Academy, please forward a letter of interest, résumé, and three professional references to jobs@ussa.edu; or to United States Sports Academy, Attention: Dean of Administration and Finance, One Academy Drive, Daphne, AL 36526; or fax it to 251-621-2527 |
GROUP PRESENTATION
Rabu, Ogos 15, 2012
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FIXED GEAR TOURNAMENT 2012
15 Ogos 2012 : Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2012
Tarikh : 15-16 September 2012
Tempat : KL Velodrone, Cheras, Malaysia
Ada pertandingan polobike (polo gelanggang). Kelab-kelab dijemput untuk menyertai pertandingan. Satu pasukan terdiri daripad tiga orang pemain. Dimainkan di gelanggang berturap. Menggunakan undang-ungang antarabangsa.
Penganjur: Dame Events & Communications Sdn. Bhd
En Azrul 0103667710
Isnin, Jun 25, 2012
PAMERAN DAN DEMO SUKAN POLO BASIKAL SEMPENA UTM MTB ECO GREEN CHALLENGE 2012
![]() |
| Peminat Sukan Polo Basikal Sempena UTM MTB Eco Green Challenge 2012 |
Dr Bambang Sumintono, Fakulti Pendidikan UTM
berkunjung ke khemah pameran dan demonstrasi sukan polo basikal
![]() |
| Bergambar dengan Dr Bambang Sumintono (Ph.D-VUW |
![]() |
| Pukulan "backward drive" |
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Kerjasama yang erat di kalangan guru-guru dan murid-murid SMK Dato Ali Haji Ahmad telah menjayakan lagi Bengkel & Latihan Polo Basikal...
-
ARTIKEL SATU PERATUAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN) BAGI KELAB POLO BASIKAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TENGGARA. 1....
-
30 Oktober 2013: Gelanggang Permainan, SMK Bandar Tenggara Skuad A, Polo Basikal SMK Bandar Tenggara menjuarai dua tahun berturut-turu...
-
Sembang-sembang dengan peserta bengkel:- Muhammad Harith, murid SDAHA tiga dari kiri, katanya terima kasih kepada jurulatih, kerana telah me...
-
Perancangan awal Sukan Polo Basikal untuk ke Kelantan adalah hasil usahasama Pusat Kokurikulum Kelantan dengan Persatuan Polo Basikal Johor,...
-
Stadium Tenggara : 11 Mac 2012 (Ahad) Dari kiri : Abdull Talib Daud, penyelia sukan, Penolong Pengarah Sukan JPNJ, Ja'afar B...
-
Kulaijaya: 19 Oktober 2011 Cycling Malaysia 2011 Issue 10 Kulaijaya: 12 Jun 2011
-
Sejarah Penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya Berita Harian 18 Oktober 2004 Sejarah bermula pada tahun 2004: Apabila ...
-
6 Sept 2014 : Dewan Terbuka Bandar Baru Uda, Johor Bahru Dari kiri, Iwan, Azhar dan Zizi dalam sesi latihan Rhino tiada dalam gambar P...
-
Hujan diawal pagi tidak mematahkan semangat 15 orang pelajar PraUniversiti untuk turut serta dalam Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri K...

















































