Promosi Sukan Baru

Memaparkan catatan dengan label abs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abs. Papar semua catatan

Ahad, Jun 26, 2011

Bengkel Pertama Sukan Polo Basikal Anjuran PPD Kulaijaya


Bergambar bersama Penolong PPD Kulaijaya dan Penyelia Sukan PPD Kulaijaya

Kulaijaya- Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman selaku penganjur bengkel sukan
polo basikal ditemui berkata," inovasi baru dalam sukan berbasikal ini mula diperkenalkan di daerah Kulaijaya. Ketika itu daerah Kulaijaya menjadi tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ). Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya merupakan sekolah pertama yang menjadi pelopor kepada sukan ini dan membuat persembahan dalam acara penutup MSSJ tahun 2005. Katanya lagi," masanya sudah tiba untuk sukan ini dikembangkan ke peringkat sekolah-sekolah negeri Johor, selaras dengan Pelaksanaan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Satu Murid Satu Sukan (1M 1S)".

Tujuan utama penganjuran bengkel seperti ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor bagi memilih sukan kegemaran mereka bagi membantu mencapai matlamat menyemarakkan kegiatan sukan di sekolah.
Tambahnya lagi, sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor telah turut serta dalam Bengkel dan Latihan Polo Basikal di padang SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya sempena Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011.

Harapan beliau pada satu masa nanti sukan ini digemari oleh murid-murid sekolah dan menjadi satu alternatif kepada mereka untuk bergiat dengan cergas dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kejohanan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor perlu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan pelajar sekolah.



Pengerusi Teknik, Ahmad Survi berkata sukan ini baru di Malaysia. Ianya dipelopori oleh Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Muhammad Ikhmal Hisham Abd Rahim. Persatuan tersebut telah didaftarkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2008 dan bergiat aktif sehingga sekarang. Pasukan dari PPBJ yang mewakili Malaysia telah berjaya membawa pulang piala naib johan dalam Kejohanan Polo Basikal Peringkat Komanwel Kali Pertama, di Bhilai, India pada tahun 2009. Seramai dua orang guru dari daerah Kulaijaya ini telah mewakili pasukan tersebut.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam bengkel dan latihan polo tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Bandar
Tenggara 2, SMK Indahpura 1, SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura,
Kulaijaya, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, SMK Pasir Putih, Pasir
Gudang, SMK Johor Jaya 2, Johor Bahru dan SM Tinggi Batu Pahat. Seramai 40 peserta dan 15 guru terlibat.


Saiful Ikhmal Ahmad Jais, 15, dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian menjadi penjaring terbanyak dan sekolahnya berjaya mengalahkan SMK Pasir Putih, Pasir Gudang. Perlawanan itu kendalikan oleh dua orang pengadil iaitu Ahmad Survi dan pengadil kedua Aidil Shamin Abd Razak dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, Timbalan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Azman Mohd Shah, Naib PPBJ, Abdul Hadi Abas, Nazrim Abd Aziz Penolong Kanan Kokurikulum SMK Indahpura 1, Nor Azam Shuib, SMK Johor Jaya 2, Wan Bidah Wan Salleh dan Penolong Kanan Pentadbiran SMKBT 2,  Khairudin Mustapha.

Guru-guru penasihat yang terlibat sama adalah Matzalan Zaini (SMKIP), Rosidah Abdullah Sani (SDAHA), Mariam Md Nor (SDAHA), Jodi Ahmad
Mokhtar (SMKBT 2), Masrizal Naris (SMKTBP), Mohamad Hasrul Yusof
(SMKPPPG), Ahmad Nazri Selamat, Abd Razak Saat, Khairulnizam Mohd
Yusof, Idris Yaman, Anili Fasha Mahadi, Rohizah Mohd Zain, Zulkifli Jaafar, Norul Farha Mohd Nor (SMKBT) dan Eric Yeo Cheng Ann (SPPKVIP).

Selasa, April 12, 2011

Kulaijaya Extreme Cycling Canival- 12 Jun 2011

Kunjungi tapak pameran Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
Pautan ke Kelab Berbasikal Kulaijaya (kbc)

Aktiviti di khemah pameran Kelab Polo Basikal:-
1. Maklumat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
2. Maklumat penubuhan Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
3. Maklumat Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ).
4. Sejarah ringkas perkembangan sukan Polo Basikal di Malaysia.
5. Mempamerkan basikal yng digunakan dalam permainan Polo Basikal.
6. Demo sukan Polo Basikal - padang dan "hard court".
7. Melihat tayangan video Polo Basikal - undang-undang.
8. Melihat tayangan video pertandingan peringkat antarabangsa.

Dan banyak lagi...jangan lupa datang ke khemah kami.
Kami sedia membantu anda dalam memperkenalkan sukan baru ini di sekolah anda, jabatan dan NGO.
 

Khamis, Januari 06, 2011

LATIHAN PUSAT - 15 dan 16 Januari 2011

Latihan tetap diteruskan walau pun cuaca tidak menentu. Pasukan Polo Basikal Negara yang mantap, kuat dan berprestasi tinggi perlu dibentuk untuk menghadapi Kejohanan Polo basikal Peringkat Komanwel Kali Ke-2 di London, United Kingdom. Jangkaan kejohanan itu ialah pada November 2011.

Oleh itu setiap ahli lama dan baru perlulah memberikan komitmen yang tinggi. Perjuangan perlu diteruskan. Tingkatkan usaha, latihan yang konsisten, meningkatkan kemahiran dan komunikasi.

" Majulah Sukan Untuk Negara"

Ahad, Ogos 29, 2010

Cerita Sukan Cyclepolo dengan Cycleball

Gelanggang berturap.
Klik di sini

Polo Basikal adalah sukan berbasikal yang dimainkan secara berpasukan. Sukan ini telah ditemui di Daerah Wicklow, Ireland, pada 1891 oleh Richard J. Mecredy. Beliau adalah atlit berbasikal dan telah bersara. Polo Basikal adalah inovasi daripada sukan Polo Kuda.


Di Negara Eropah sukan Polo Basikal ini menggunakan padang yang berturap, di taman-taman bunga dan kawasan tempat letak kereta. Keadaan ini telah menjadikan sukan ini berkembang dengan luasnya pada tahun 2007.

Sukan ini telah berkembang dengan pesat di Amerika Syarikat, Ireland, Perancis, India, Jerman, Pakistan, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Hungary, Australia, Sweden, United Kingdom, Argentina, Itali, dan Kanada.

Basikal Bola (Cycleball)

"Cycleball" dimainkan di dalam dewan.
Basikal Bola ini juga dikenali sebagai "radball". Diperkenalkan pada tahun 1893 di Jerman oleh seorang kacukan berbangsa Jerman – Amerika yang dipanggil Nicholas Kaufmann. Sukan ini mirip kepada sukan bola sepak atau futsal. Pemain menggunakan roda basikal untuk mengues, menggelecek, menendang dan menjaringkan gol.

Setiap pasukan terdiri daripada dua orang. Basikal yang digunakan tidak ada sistem gear, brek atau freewheel.

Kejohanan Pertama Dunia telah diadakan pada tahun 1929. Sekarang ini bola basikal ini telah dipopularkan di negara-negara seperti Belgium, Republik Czech, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Russia, Sweden, dan Switzerland. Pospisil Czechoslovakia telah menjadi juara dunia sebanyak 20 kali antara tahun 1965 dan 1988.

Sebanyak 440 Kelab Sukan Bola Basikal telah tumbuh di bandar-bandar di merata tempat di dunia. Iaitu 314 buah kelab di Jerman, 45 di Switzerland, 19 di Austria, 17 di Jepun, 16 di Perancis, 12 di Republik Czech, 5 di Belgium, 4 di Hungary, 2 di China, 1 di Croatia, 1 di Denmark, 1 di Malaysia (Johor), 1 di Belanda, 1 di Romania dan 1 di Slovakia.

Dikarang oleh abs, 29 Ogos 2010.

Ahad, Ogos 22, 2010

Cerita Mengenai Sukan Polo

Polo Gajah, Kuda Dan Polo Polo Basikal, ada peminatnya masing-masing. Mari kita lihat Sukan Polo Gajah. Bagaimana dan di mana sukan ini dipopularkan?.


Sukan Polo Gajah adalah satu lagi variasi dari sukan Polo Berkuda. Sukan ini boleh sangat popular beberapa buah negara iaitu Nepal, Sri Lanka, Rajasthan (India) dan Thailand.

Pemain Sukan Polo Bergajah akan menaiki gajah dengan seorang pembantu. pembantu ini dikenali sebagai pawang. Tugas pawang mengendalikan pergerakan gajah. Sementara pemain mengarahkan bola dan membuat jaringan gol.


Sementara Polo Kuda pula menunggang kuda ketika bermain. Lapangan padang berumput sukan Polo Kuda ini adalah amat luas untuk memudahkan pergerakan kuda yang laju dan pantas. Panjang padang adalah 300 meter.Setiap pasukan terdiri daripada empat penunggang kuda . Bola yang digunakan adalah dari jenis plastik atau bola yang diperbuat daripada kayu. 

Kunjungi Laman Web di Malaysia
Royal Selangor Polo Club
Singapore 
 


Ahad, Ogos 15, 2010

General Rules (page 1)

The International Bicycle Polo Federation - General Rules
GENERAL RULES

1. The Cycles:
A bicycle of any make and size shall be used. Any attachment such as mud guards, bell, stand, carrier, etc. will not be allowed for use in bicycle polo. The umpires will check the bicycles before the start of the game and an objection of any kind will be brought to the notice of the Technical Committee, whose decision will be final.

2. Size of Ground:
The ground size shall not exceed 150 meters in length by 100 meters in width in national and International Championship. Similarly no ground less than 120 meters in length and 80 meters in width shall be used for Bicycle Polo. Sub-Junior and Women Championship may be played on ground 120x80 Mtrs.
(b) Goal Posts shall be 4 meters apart and at equal distance from the corners. 
(c) Ideal size of Goal Post shall be at least 2.5 meters in height, 1.5 meters in circumference at the bottom and shall be light enough to break or fall if collided with.

3. Ball:
The arena polo ball will be used. The ball shall be not less than 12.5" or more than 15" in circumference and not less than 170 grams or more than 182 grams in weight. In a bounce test from 9' on concrete at 70ºF, the rebound should be a minimum of 54" and a maximum of 64" at the inflation rate specified by the manufacturer.

4. Qualification of Players
(a) The number of players is limited to four on each side in all games and matches. However, a team may consist of six players including two extras. 
(b) No player shall play with his mallet in his left hand. 
(c) A player may be substituted from one of his team player during a match without taking any formal permission but only during the interval between the chukkars. It will, however, be the duty of Coach and or manager to inform umpires, Referee, timekeeper/Scorer of this change. Unlimited substitutions will be allowed during any one match.
(d) In all important matches a team may consist of maximum of six players wearing jerseys from no. 1 to no. 6, which must be worn in accordance to the entry form. The coach of manager will have right to field any four players out of six players during a match in any tournament or championship and can substitute in between chukkers. Substitution of a player punished under Penalty Clause 10 will be governed under the rule of the said Clause. 
(e) The two teams shall wear distinctive colours and each player on each side shall have a number (1-6) of minimum 9" to 12" in size on the back of his Jersey in all important matches. 
(f) No player can represent a team or substitute other players unless he has completed registration formalities in all respect with International Bicycle Polo Federation.

pgs 1

Rabu, Ogos 11, 2010

Bike Fest 2010 - Bali Indonesia

Pada 13-15 Ogos 2010 ini, terdapat program berbasikal di Bali, Indonesia. Antara program-program yang terdapat di sana ialah Lomba Fotografi, Lomba Essei, Pameran Produk dan Bazarr, Wisata Speda (Aktiviti Berbasikal), Heritage City Riding dan Pentas Seni dan Hiburan Rakyat.

Kepada peminat-peminat berbasikal. Kunjungi Laman Blog di bawah:-
Laman Blog Speda Wisata Bali Indonesia.

Isnin, Ogos 02, 2010

Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-3 - SDAHA Pontian


Kerjasama yang erat di kalangan guru-guru dan murid-murid SMK Dato Ali Haji Ahmad telah menjayakan lagi Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-3 yang diadakan pada 1 Ogos 2010 bertempat di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian Johor.

Ahad, Julai 25, 2010

XPDC DeLINJoLa - KEJORA


Ekspedisi Berbasikal DeLINJola anjuran KEJORA (Kemajuan Johor Tenggara) merupakan satu aktiviti yang bermakna buat kami semua yang menyertainya. Seramai 20 orang peserta terlibat. Mereka dari Kelab-kelab Bandar Penawar, BTec (Bandar Tenggara), Pasir Gudang, Gelang Patah dan Gagak Hitam Felda Tebrau,Johor.

Mohd Fakhrurazy, dalam ucapannya, "Expedisi Berbasikal DeLINJoLa ini merupakan satu produk pelancongan di bawah Agensi Pelancongan KEJORA". Beliau menambah, Peserta-peserta diuji dengan kekuatan fizikal dan mental, menikmati keindahan semulajadi, merentasi sungai dengan menaiki bot, ke Kg. Belungkor, melihat keindahan pantai dari Kompleks Kastam, Tg Buai, melawati serta beramah mesra dengan ketua kampung Kg. Linting dan menikmati juadah produk tempatan di Kg. Johor Lama seperti buah-buahan dan lauk siput sedut dan belangkas Goreng Sambal.
XPDC bermula

Peserta XPDC

Rehat dan sesi fotografi

Ke Jeti Tg Belungkor

Ke Tg Buai

Pak Shahrudin (Putrajaya) turut menikmati suasana indah alam Flora dan Fauna di sekitar Tg Belungkor sambil menaiki bot.
Pak Ali (Penawar)

Rehat di Jeti Tg Buai

Sesi Fotografi
Port Tg Buai

Menikmati Juadah Makan Tengahari di Kg Johor Lama


Expedisi Tamat Di Kg. Johor Lama

Kembali ke Desaru, Kota Tinggi
dengan menaiki bas setelah penat berhayuh sejauh 60 kilometer.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya