MATLAMAT
Merupakan salah satu program latihan pembangunan bakat dan kemahiran bermain Polo Basikal serta menjadi jurulatih bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam memperkembangakan sukan baru ini ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ).
TUJUAN
Tujuan kursus ialah untuk memberikan pendedahan kepada guru/ kakitangan awam/ pelajar IPTA yang berminat dan mengembangkannya di sekolah-sekolah/ jabatan/ IPTA.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan tahap kecergasan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Melengkapkan kemahiran individu menjadi seorang pengerak sukan baru dan jurulatih di peringkat sekolah atau jabatan kerajaan dan NGO.
3. Membangkitkan semangat kesukanan dan berusaha untuk mempopularkan sukan ini di peringkat sekolah, daerah dan negeri dan kebangsaan.
4. Membangkitkan semangat setia kawan, bekerjasama dan bermuafakat.
5. Mengujudkan budaya sihat melalui sukan berbasikal.
6. Merapatkan lagi hubungan siratulrahim yang sedia ada di kalangan guru, pensyarah, murid serta pelajar dari sekolah, daerah yang berlainan dengan Persatuan Polo Basikal Johor, & JPNJ.
7. Menyokong usaha PPBJ di peringkat antarabangsa.
PENDAFTARAN MELALUI SMS:
1. Pendaftaran melalui SMS : Nama, No K/P, Alamat Jabatan/Sekolah, No. Tel, No Fax pejabat, No H/P individu/ peserta. Dan hantar kepada : Ahmad Survi (013-7780699) atau Mahidah binti Kosnan, SM Dato Ali Haji Ahmad, Pontian (017-7663367).
MAKLUMAT PENTING KURSUS:
KEPERLUAN PESERTA KURSUS
JADUAL KURSUS DAN LATIHAN POLO BASIKAL
11 DAN 12 DISEMBER 2010
Kembangkan sukan ini di negeri Johor. Selamat maju jaya.
Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Kehadiran anda amat dialu-alukan.