Promosi Sukan Baru

Isnin, Disember 13, 2010

LATIHAN PUSAT - diteruskan pada 18 dan 19 Disember 2010

Latihan Pusat akan diteruskan lagi . Tarikh latihan baru ialah pada 18 dan 19 Disember 2010- Sabtu dan Ahad.
Pada minggu lepas, peserta dari SM Tinggi, Batu Pahat dan SR Masai, Pasir Gudang, dan 2 orang guru dari SM Dato' Ali HAji Ahmad, Pontian telah turut menjayakan Kursus dan Latihan Polo Basikal tersebut.
En Muhammad Ikhmal Hisham bin Abd Rahim, Presiden Polo Basikal Johor, Pn Aza Hamimah Abd Aziz, Setiausaha PPBJ dari Kuala Lumpur, pegawai-pegawai dan pemain-pemain Polo Basikal dari beberapa buah daerah telah hadir sama.

Melalui ucapan beliau, kehadiran peserta perlu dipertingkatkan. Tujuan utama latihan ialah untuk memantapkan pasukan Polo Basikal yang sedia ada dan menggilap peserta-peserta baru yang berminat. Usaha ini adalah untuk menghantar pasukan negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa. Penyertaan pemain-pemain baru yang berpotensi amat dialu-alukan.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya