Promosi Sukan Baru

Selasa, Ogos 03, 2010

Apa kata peserta bengkel di SDAHA Pontian


Sembang-sembang dengan peserta bengkel:-
Muhammad Harith, murid SDAHA tiga dari kiri, katanya terima kasih kepada jurulatih, kerana telah menunjuk ajar cara bermain polo basikal, menarik, semua golongan berpeluang, termasuk murid perempuan, kosnya juga murah, saya ada basikal sendiri dah boleh main polo basikal di sekolah atau di kampung bersama rakan-rakan.

Mohd Hasif Asmunit, Mohd Shafiq Shahmi, Nur Najihah dan Nur Syarifah dari SMK Dato'Penggawa Barat, turut serta dalam perbengkelan itu.

Latihan praktikal dijalankan di kawasan tempat letak kereta. Hujan lebat awal pagi, menyebabkan padang sekolah tidak dapat digunakan.
Pelajar perempuan juga berpeluang bermain serta mendalami permainan ini. Peringkat awal biasanya murid/pelajar perempuan menjadi pegawai pertandingan. seramai 9 orang pegawai akan terlibat dalam satu-satu pertandingan. Murid/pelajar wanita boleh menjadi Scorer- pencatat jaringan, timekeeper-penjaga masa, goaljudge-juri gol.
Hanya murid/pelajar yang memegang mallet menggunakan tangan kanan sahaja dibenarkan bermain. Tangan kiri tidak dibenarkan, atas faktor-faktor keselamatan. Koordinasi tangan kiri untuk kawalan basikal, kanan memegang mallet dan membuat pukulan.
Gambar di atas, pemain itu sedang membuat pukulan "inner side".

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya