30 Oktober 2013: Gelanggang Permainan, SMK Bandar Tenggara
Abdull Talib Daud, penyelia sukan daerah Kulaijaya memberitahu, Datin hjh Hasnah Md Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya (PPD) tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan Daerah Kulaijaya di Dewan Bandar Putera pada hari yang sama.
Skuad A, Polo Basikal SMK Bandar Tenggara menjuarai dua tahun berturut-turut dalam Kejohanan Polo Basikal, Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya Tahun 2013 |
Empat buah sekolah yang masuk pertandingan separuh akhir dan akhir, SMK Bandar Tenggara, SMK Indahpura 1, SMK Sultan Alauddin dan SMK Tunku Abdul Rahman P{utera. |
SKUAD A, Pasukan Polo Basikal Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara yang diketuai oleh Hakim Azman mempamerkan
persembahan terbaik apabila mengalahkan SMK Indahpura 1 (9-0), SMK Sultan
Ibrahim (7-0) dan SMPK Indahpura (3-0) untuk muncul johan kumpulan A. Manakala
SMK Indahpura 1 pada kedudukan naib johan apabila mengalahkan SMK Sultan
Ibrahim dengan 3 jaringan berbalas 1.
SMK Sultan Alauddin yang diketuai oleh Harris
Fauzi Ahmad bermain cemerlang apabila berjaya mengalahkan pasukan-pasukan dari
SMK Sri Pinang (1-0), SMK Bandar Tenggara – skuad B (3-1), SMK Bandar Tenggara
2 (3-0) dan seri dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera (2-2), mucul johan
kumpulan B.
SMK Bandar Tenggara - skuad B seri dari segi
mata tetapi menang jaringan dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera untuk
menempatkan diri ke saingan suku akhir bersama SMK Indahpura, SMK Sultan
Alauddin dan SMK Bandar Tenggara, skuad A.
Pada peringkat separuh
akhir pertama, SMK Bandar Teggara, skuad A mengalahkan skuad B dengan jaringan
6 berbalas 1, kemudian pada saingan separuh akhir kedua, SMK Sultan Alaudin
mengalahkan SMK Indahpura 1 dengan jaringan 5 berbalas 1
Pada perlawanan akhir, SMK Bandar Tenggara - skuad A mengalahkan
SMK Sultan Alauddin dengan 5 jaringan tanpa balas sekali gus muncul juara buat
kali kedua Kejohanan Polo Basikal Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya
bagi Tahun 2013. Dua jaringan hasil daripada pukulan Hakim Azman, 2 lagi oleh
Abdul Hadi Hamid dan 1 gol lagi dijaringkan oleh Farid Izzuddin Zulkefli.
Mohd Razi, pengurus SMK Seri Pinang |
Mohd Razi Rahmat, pengurus pasukan polo basikal SMK Seri Pinang
ditemui berkata sukan ini mula mendapat sambutan daripada murid sekolah apabila
ianya dimainkan di gelanggang berturap seumpama gelanggang futsal. Pihak
sekolah hanya menyediakan tiga orang pemain dan pemain perlulah mempunyai
kemahiran menunggang basikal dengan sebelah tangan sambil menggelecek dan
seterusnya menjaringkan gol.
Di samping itu, kata beliau yang sungguh menarik ialah para pemain
mestilah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Persatuan Polo
Basikal Johor (PPBJ), di mana jika kaki terpijak gelanggang secara sengaja atau
tidak ianya dikira ‘dead’ atau mati. Untuk menghidupkan semula pemain tersebut ia
perlulah mengetuk gong dengan pemukulnya dan permain itu dapat meneruskan
permainan.
Abdull Talib Daud, penyelia sukan daerah Kulaijaya memberitahu, Datin hjh Hasnah Md Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya (PPD) tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan Daerah Kulaijaya di Dewan Bandar Putera pada hari yang sama.
Turut hadir dalam kejohanan tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Baharudin Md Sham, Penolong Kanan
Kokurikulum SMK Bandar Tenggara 2, Tn Hj Mohd Soud Othman, Ahmad Survi selaku pengerusi teknik Kejohanan Polo Basikal Daerah
Kulaijaya Tahun 2013, Mohd Anuar Hamza, SMK Sultan Alauddin; Syed Mohamad Hafiz
Syed Hadzir, SMK Tunku Abdul Rahman Putera; Mohd Razi Rahmat, SMK Seri Pinang,
Khairul Aimie Mohd Termizi, Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara; Khairudin Mohd
Tolkah, SMK Sultan Ibrahim; Abdul Rohim Rahman, SMK Bandar Tenggara 2; Matzalan
Zaini, SMK Indahpura 1. Kejohanan kali ini diadili oleh pengadil dari Persatuan
Polo Basikal Johor (PPBJ).iaitu Abdul Hadi Abas dan Khairudin Kamsan.
Tujuk buah sekolah menengah daerah Kulaijaya terlibat dalam kejohanan, SMK BT, SMK SSI, SMK SSA,SMK IP1, SMK TARP, SMK BT 2, SMK SP |
SMK Bandar Tenggara Team A menentang SMK Indahpura 1 Pemain Indahpura 1 terdiri daripada Mohamad Fikri Akmal Mohd Faisal, Sagadran Nair a/l Theran Nair dan Khairunnas Abu Bakar. |
SMK Sultan Alauddin menentang SMK Tunku Abdul Rahman Putra |
SMK Indahpura 1, Mazalan Zaini menerima sijil kejohanan |
Menunjukkan permainan yang baik |
Pengadil pertandingan, Hadi Abas dari Persatuan Polo Basikal Johor |
Pengadil kedua, Khairuddin Kamsan, PPBJ |
KUMPULAN A
SMK BANDAR TENGGARA (Team A) - BT1A
SMK INDAHPURA - IP
SMP VOKASIONAL INDAHPURA - VIP
SMK SULTAN IBRAHIM- SI
KUMPULAN B
SMK SERI PINANG -SP
SMK BANDAR TENGGARA (Team B) - BT1B
SMK SULTAN ALAUDDIN- SSA
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTERA - STARP
SMK BANDAR TENGGARA 2 - BT2
PERLAWANAN
Liga Kumpulan A
1. IP (0) vs BT1A (9)
2. VIP (0) vs SI (3)
3. BT1A (7) vs VIP(0)
4. SI (1) vs VIP (0)
5. VIP (0) vs IP (3)
6. SI (0) vs BT1A (7)
Johan : BT1A
Naib Johan : IP
Naib Johan : IP
PERLAWANAN
Liga Kumpulan B
1. SP (0) vs BT1B (5)
2. SA (2) vs STARP (2)
3. BT2 (0) vs SP(1)
4. BT1B (1) vs SA (3)
5. STARP (1) vs BT2 (1)
6. SP (0) vs SA (1)
7. BT2(0) vs BT1B (4)
8. STARP (1) vs SP (0)
9. SA (3) vs BT2 (0)
10. BT1B (1) vs STARP (1)
Johan : SA
Naib Johan : BT1B ( 11 jaringan, kena 4)
Naib Johan : BT1B ( 11 jaringan, kena 4)
: STARP ( 5 jaringan, kena 4)
Separuh Akhir
1. BT1A (6) vs BT1B (1)
1. BT1A (6) vs BT1B (1)
2. SA (5( vs IP (1)
PERTANDINGAN AKHIR
1. BT1A ( 6) vs SA (1)
1. BT1A ( 6) vs SA (1)
KEPUTUSAN KESELURUHAN
JOHAN : SMK BANDAR TENGGARA (Team A)
NAIB JOHAN : SMK SULTAN ALAUDDIN
KE-TIGA : SMK BANDAR TENGGARA (Team B)
: SMK INDAHPURA 1
NOSTALGIA KEJOHANAN
Mendapatkan alatan keselamatan |
Peminat sukan baru |
Penolong Pegawai |
Memakai shin guard, elbow guard, hands glove dan helmet sebelum bertanding |