Cikgu Aidil Shamin b. Abd Razak (SMK Bandar Tenggara) menjulang Piala Serumpun Malaysia-Indonesia. Piala ini dimenangi oleh Pasukan Malaysia (Malaysia Blue) yang diketuai oleh Abdul Hadi bin Abas, juga merupakan Naib Presiden 1, Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ)
Kejohanan Polo Basikal "Piala Serumpun Kepulauan Riau”, Indonesia telah berakhir pada 17 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Stadion Olaraga Badang,
Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia.Malaysia BLUE : Menang dengan KCCA (8-6) dan menang dengan KCCB (20-1). Ketua Pasukan ialah Abdul Hadi b. Abas, pemain-pemain lain ialah Mohd Fazli b. Senin, Hazizul Afifi b. A.Wahid, Mohamad Samsul Fuad b. Jaini. Pasukan ini muncul menjadi Johan.
Hazizul Afifi b. A.Wahid penjaring terbanyak (13 jaringan).
Pasukan Indonesia (Karimun Cycling Club) ketika mendengar taklimat pertandingan. Ketua Pasukan : Eddy Purwanto dan Darul Ichsan
Pemain-pemain Malaysia RED. Menang (13-7) dengan KCCA, menang (7-1) dengan KCCB. Muncul menjadi Naib Johan.
Pegawai-pegawai yang menjalankan tugas dalam Kejohanan Polo Basikal Piala Serumpun Malaysia- Indonesia. Berdiri di tengah ialah Muhammad Ikmal Hisham b. Abdul Abdul Rahim, merupakan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ). Perlawanan dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.45 petang WIB. Sebanyak 4 pasukan terdiri daripada 2 dari Malaysia dan 2 lagi dari Indonesia.
Pegawai-pegawai yang terlibat:-
Refree :Muhammad Ikmal Hisham b. Abdul Rahim (Selangor)
Umpire 1 :Haji Mohd Azman b. Mohd Sam (Johor Bahru)
Umpire 2 :Ahmad b. Survi (Kulaijaya)
Officer :Scorer: Rosidah bt. Abdullah Sani (Pontian), Mahidah bt Kosnan (Pontian), Asmawati bt Ramadhan (Pasir Gudang), Timekeeper : Zolkeple b. Jemadar (Kulaijaya), Goal Judge: Hayati bt Ab Halim (Kelantan), Goal Judge : Md Noor b. Abd Rahman (Pulau Pinang), Goal Judge : Mohd Faizal b. Ahmad (Johor Bahru), Lineman : Ahmad Nazri b. Selamat (Kulaijaya), Lineman: Agus (Indonesia), Jurufoto: Hanim bt Mohamed (Pontian).
Bendera SMK Bandar Tenggara dikibarkan ketika kami di Stadion Olah Raga Badang Perkasa, Tg Balai, Karimun, Indonesia. Dari kiri: Zolkeplee b. Jemadar, Aidil Shamin b. Abd Razak, Ahmad Survi (GPK Kokurikulum), Ahmad Nazri b. Selamat (Kulaijaya).
Dari kiri : Hj Mohd Azman b. Mohd Sam, Rosidah bt Abdullah Sani (Pontian- SMK Dato Ali Hj Ahmad), Asmawati bt Ramadhan (Pasir Gudang), Hayati bt Ab Halim (Penyelia Kokurikulum Kelantan), Mahidah bt Kosnan (Pontian), Hanim bt Mohamed (Pontian) dan Ahmad Nazri b. Selamat.
Ketika di Port Tg Balai 18 Julai 2010
Hari pertama: Makan tengahari. Presiden Persatuan Polo Basikal Johor, Muhammad Ikmal Hisham bin Hashim. Berjenaka dengan ahli-ahli rombongan.
Suasana gembira dan penuh kemesraan semasa di teratak kayu Minangkabau,Indonesia. Sebelum menjamu juadah yang terhidang.