Promosi Sukan Baru

Sejarah Polo Basikal

Pautan Laman Web Polo Basikal Antarabangsa

CanadaFranceIreland NewzealandSouth AfricaSpainUSAUK

SEJARAH POLO BASIKAL
Sukan Polo Basikal  ini dipercayai berasal daripada India pada awal 1900an. Merujuk kepada ‘Cycle Polo Federation of India (CPFI)’, sukan ini diwujudkan untuk memantapkan lagi kecergasan pemain Polo Berkuda bagi pasukan Maharaja Jaifur, Jodhpur, Alwar dan Patiala.
  
            Menurut sejarah, lahirnya sukan ini adalah pada tahun 1891, di mana seorang warga negara Ireland bernama Richard J. Mecredy telah mencipta pemainan dan undang-undang pertama sukan Polo Basikal di negara Ireland. Pada tahun 1895, Kelab England Pertama (Northampton, Newcastle, Conventry, melton Mowbray dan Catford) telah ditubuhkan.





            Richard J. Mecredy

Dalam tahun 1930an, sukan ini juga telah berkembang di Britain, Perancis dan United Kingdom
            Selepas Perang Dunia Kedua apabila aktiviti berkuda berkurangan maka sukan Polo Basikal mengambil tempat dan popular di India dan rejimen British. Dengan kerjasama pihak dan askar rejimen British maka sukan ini berkembang dan wujudnya ‘Persekutuan Polo Basikal India – CPFI’ pada tahun 1966. Kemudian diikuti oleh ‘ The Bicycle Polo Association of America’ di Amerika Syarikat pada tahun 1994.
            Semenjak Januari 2001, Bike Polo dikendalikan oleh Pertubuhan  Berbasikal Antarabangsa (The International Cycling Union). Sehingga kini sukan ini berkembang di beberapa buah negara di dunia termasuklah Argentina, Australia, Canada, Perancis, German, India, New Zealand, Pakistan, Afrika  Selatan, Sri Lanka, Switzerland, Amerika Syarikat dan Malaysia. 


Pautan ke Laman Web Polo Basikal Antarabangsan : Klik pada negara-negara di bawah.
Argentina,  Australia, Canada, Perancis, German, India, New Zealand, Pakistan, Afrika  Selatan, Sri Lanka, Switzerland, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya