Promosi Sukan Baru

Rabu, September 11, 2013

PERSIAPAN UNTUK KEJOHANAN POLOBIKE PERINGKAT SEKOLAH -SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA 2013

11 September 2013 : Latihan Polobike (Setiap Khamis, 3.00 -5.00 petang)

Basikal MTB untuk permainan Polobike
Kelab Polo Basikal Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara (SMKBT) akan memulakan latihan pada setiap hari Khamis bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang, bertempat di Gelanggang Serbaguna SMKBT. Peminat-peminat sukan ini dikehendaki hadir ke sekolah dengan membawa basikal masing-masing untuk menjalani sesi latihan asas polobike.

Seseorang pemain memerlukan sebuah basikal sama ada Mountainbike (MTB) atau basikal fiksi (fixie bike) dan sebuah pemukul (mallet). Peralatan lain disediakan oleh pihak sekolah. Program Pembangunan Sukan Baru telah diperkenalkan oleh Ahmad Survi, pengerusi Kelab Polo BAsikal Sekolah dan JK Persatuan Polo Basikal Johor.
Basikal fixie
Mallet dan bola
Melalui program-program di peringkat antarabangsa Piala Serumpun Malaysia-Indonesia telah pun diadakan di Pulau Karimun, Indonesia tempoh hari.

Sila klik di bawah untuk tontonan sukan polobike:
PIALA SERUMPUN MALAYSIA-INDONESIA

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:-
1. Kejohanan Futsal Rakan Muda Lima5
2. Mendaki Tembok Tiruan Anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Rakan Muda)

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya