Promosi Sukan Baru

Isnin, September 08, 2014

LATIHAN POLOBIKE DI BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU - LEMBARAN BARU SUKAN POLO BASIKAL GELANGGANG

6 Sept 2014 : Dewan Terbuka Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Dari kiri, Iwan, Azhar dan Zizi dalam sesi latihan
Rhino tiada dalam gambar
Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ) yang diterajui oleh Encik Ikhmal Hisham bin Rahim selaku Presiden bermula tahun 2004 diteruskan lagi dengan satu lagi kategori sukan berbasikal iaitu polo basikal gelanggang (polobike).

En. Azhar (Ah Chong) ditemui berkata, sekembalinya dari Kejohanan Polobike di Sydney, Australia beliau mengatakan bahawa sukan ini sangat digemari di sana. Sehinggakan terdapat gelanggang yang khas dibina, malah persatuan polobike Sydney mengeluarkan mallet dan bola yang khas untuk bermain polo basikal. Beliau menegaskan pada Kejohanan King of Desaru, yang akan berlangsung pada 8-9 November 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Udara dan Air, Desaru membawa satu lembaran baru kepada sukan ini.

Manakala Zizi, pemain polobike negara juga bersetuju dengan rakannya bahawa usaha pihak persatuan perlu dipertingkatkan. Beliau berterima kasih kerana dapat menggunakan dewan terbuka yang dibuat secara usahasama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk sesi latihan seterusnya. Ukuran 40 meter (120') X 20 meter (60') sesuai untuk latihan dan pertandingan.

Sesi latihan polobike di Bandar Baru Uda,
Johor Bahru


Dewan terbuka berbumbung
"goal post" sukan polo nasikal gelanggang berukuran 6' x 3' x 3' dan
penghadang di bahagian belakang.
Ah Chong, sedang membawa bola
Peminat sukan polo basikal gelanggang, anak lelaki Zizi

Ahad, Ogos 31, 2014

LATIHAN POLO BASIKAL UNTUK MENGHADAPI KEJOHANAN ANTARABANGSA 2014

30 Ogos 2014 : SESI LATIHANUNTUK MENGHADAPI SUKAN POLO BASIKAL ANTARABANGSA

Sesi latihan sukan polo basikal
di gelanggang serbaguna SMK Bandar Tenggara


Manakala murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara pula berbasikal dengan kaedah yang berlainan iaitu dengan Sukan Polo Basikal (POLOBIKE) yang diubahsuai daripada Sukan Polo Kuda (HORSE POLO). Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih sekolah iaitu En Aidil Shamin bin Abd Razak dan En. Ahmad bin Survi.

Latihan - menguasai bola dan kesiembangan badan
Team C dan D
Team A dsan B

Catatan Popular

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012

Bengkel Pertama Anjuran PPD Tahun 2011 di SMKBT 2, Kulaijaya